Loading...

Nasril dijangka berpeluang

Loading...
Nasril dijangka berpeluang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasril dijangka berpeluang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasril dijangka berpeluang
link : Nasril dijangka berpeluang

Baca juga


Nasril dijangka berpeluang



ARKIB : 17/02/2006
Ads by Kiosked

KUALA LUMPUR - Pemain muda Perak, Nasril Nourdin dijangka mendapat kepercayaan selaku penjaga gol utama skuad negara apabila menghadapi New Zealand pada perlawanan bola sepak persahabatan pertama, Ahad ini.

Nasril kian pasti menyambar kedudukan Syamsuri Mustafa dari Terengganu berikutan prestasinya yang meyakinkan sepanjang sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 24 hingga 31 Januari dan Isnin hingga Selasa lalu.

Nasril yang melonjak daripada penjaga gol ketiga Perak ekoran kecederaan Hamsani Ahmad dan kemerosotan Tay Sin Kiat, berpeluang mengecapi penampilan sulung antarabangsanya menentang All White di Christchurch.

Di barisan benteng pula, ketua jurulatih, Norizan Bakar dijangka menurunkan gandingan berpengalaman - Norhafiz Zamani Misbah dan Kaironnisam Sahabudin Hussain sambil diapit oleh K. Linggam dan Mat Saiful Mohammad.

Jentera tengah pula disandarkan kepada Azi Shahril Azmi, Fadzli Saari, K. Nanthakumar dan Amri Yahyah sementara gandingan Rudie Ramli dan R. Surendran bakal bertindak selaku penyerang.

Selepas aksi sulung di QE II Park (11.00 pagi waktu Malaysia), anak didik Norizan ini akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan di Stadium North Harbour, Albany, Auckland (2.35 petang).

Bagi Malaysia, perlawanan ini merupakan persediaan awal menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2007 selain bertujuan mencapai sekurang-kurangnya 10 perlawanan antarabangsa setiap tahun.

All White pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia Sepanyol 1982 dilatih Ricki Herbert dan sedang merangka siri perlawanan antarabangsa ke arah Piala Dunia 2010.

Kali terakhir mereka bertemu ialah pada 19 Ogos 2000 dengan New Zealand menjuarai Pestabola Merdeka setelah menewaskan anak didik Abdul Rahman Ibrahim 2-0 yang antaranya seperti Rosdi Talib, Nizaruddin Yusof dan Ahmad Shahrul Azhar Sofian.

Sementara itu, Malaysia boleh menarik nafas lega untuk bersaing secara seimbang apabila tuan rumah diberitakan tidak dapat menggunakan khidmat ramai tonggaknya yang berpangkalan di Eropah termasuk pemain tengah Fulham, Simon Elliot.

Elliot cedera otot paha manakala Ryan Nelsen (Blackburn Rovers), Ivan Vicelich (Roda JC Belanda), Kris Bouckenhooghe (Belgium) dan Vaughan Coveny (Newcastle Jets Australia) tidak mendapat pelepasan kelab masing-masing

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2sZg3Vj
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Nasril dijangka berpeluang

Sekianlah artikel Nasril dijangka berpeluang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasril dijangka berpeluang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/nasril-dijangka-berpeluang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nasril dijangka berpeluang"

Catat Ulasan

Loading...