Loading...

Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali

Loading...
Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali
link : Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali

Baca juga


Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali



JAKARTA – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta tidak diberi layanan istimewa dan kawalan ketat sepanjang dia dan keluarganya bercuti di Bali.

Jurucakap polis Indonesia, Rikwanto memberitahu media, polis hanya menyediakan sejumlah pengawal secukupnya dan tidak menutup jalan yang dilalui bekas pemimpin itu.

“Obama sendiri tidak mahu diberi layanan istimewa, hanya yang wajar sahaja diberikan,” katanya dipetik portal tempatan kompas.com.

Bagaimanapun, katanya, polis menyediakan seramai 446 anggota untuk melindungi Obama dan keluarganya sepanjang enam hari dia bercuti di Bali.

Obama bercuti bersama-sama isterinya, Michelle dan dua anak perempuannya, Malia dan Sasha serta beberapa ahli keluarganya yang lain.

“Kami tetap harus membantu melancarkan urusannya. Harus dilayan dengan baik untuk keselesaan bekas pemimpin itu,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Bali, Petrus Genhard Golose memberitahu, dia berharap Obama dapat bercuti dengan tenang di Bali seperti mana dinikmati pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebelum ini.

“Kami melakukan kawalan secara tersembunyi kerana tidak mahu mengganggu keselesaan Obama dan keluarganya pula,” jelas beliau.

Obama tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai semalam dan semua penerbangan berjalan seperti biasa ketika ketibaan bekas pemimpin AS itu.

– Agensi/myMetro Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5E7pB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali

Sekianlah artikel Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/obama-tidak-mahu-layanan-istimewa-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Obama Tidak Mahu Layanan Istimewa Di Bali"

Catat Ulasan

Loading...