Loading...
Judul : OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan
link : OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan
OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan
“Mohon jasa baik warga Kuantan, kami hendak tumpang ke Kelantan, nak balik raya. Kami tiga beranak. Kami bayar. Demi ayah dan bonda di kampung. Tiket sudah habis. Mohon jasa baik,” menurut posting Facebook ‘Hana Humaira’ yang dikongsikan di Facebook ‘Komuniti Kuantan’, Jumaat lalu.
Setakat ini, ‘posting’ tersebut dikongsikan lebih 60 kali dan mendapat ratusan komen daripada pengguna Facebook.
Ramai bersimpati terhadap luahan Mohd Azhar Abdullah, 32, dan Hajar Azmi, 29, bersama anak perempuan mereka, Nur Hana Humaira, sembilan bulan, termasuk mencadangkan beberapa bantuan bagi mempermudahkan urusan tiga beranak itu.
“Saya bekerja sendiri mengambil upah memotong rumput, dan kadang-kadang membantu katering. Jadi, upah tidak menentu, antara RM500 sehingga RM700 sebulan. Tak banyak, tapi Alhamdulillah cukup-cukup makan.
“Kebetulan pula, kereta saya rosak dan dihantar ke bengkel jadi perlukan kos tinggi untuk dibaiki. Nak naik bas pula tiket dah habis.
“Dengan isteri OKU, anak masih kecil dan barang-barang nak dibawa balik ke kampung mertua di Kg Kubang Bulat di Pasir Puteh, Kelantan jadi kami fikir lebih baik untuk tumpang kereta dari rumah kami di Peramu Jaya di Pekan, Pahang,” katanya sambil menambah isterinya adalah pemegang kad OKU bagi kategori ketidakupayaan fizikal.
“Saya tidak mahu orang ramai salah faham. Saya bukan nak duit tetapi hanya tumpangkan kami. Apa cara bantuan pun, biarlah kos tersebut ditanggung sendiri oleh penyumbang dan bukannya wang disalurkan kepada kami.
“Kalau ada yang sudi sumbangkan tiket bas, kami pula mengharapkan bantuan untuk menghantar kami ke terminal bas di Kuantan. Tak kisahlah macam mana pun, kalau kami terpaksa tumpang tiga beranak duduk di belakang lori pun kami sanggup asalkan dapat pulang berhari raya sebab dah janji dengan keluarga,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan
Sekianlah artikel OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/oku-sanggup-tumpang-belakang-lori-untuk.html
0 Response to "OKU, Sanggup Tumpang Belakang Lori Untuk Balik Raya Ke Kelantan"
Catat Ulasan