Loading...

Pahang ikat Negeri Sembilan

Loading...
Pahang ikat Negeri Sembilan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang ikat Negeri Sembilan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang ikat Negeri Sembilan
link : Pahang ikat Negeri Sembilan

Baca juga


Pahang ikat Negeri Sembilan



ARKIB : 30/04/2006

N. SEMBILAN NAZA 0 PAHANG 0
SINGAPURA B23 3 PERLIS 2

KUALA LUMPUR - Juara 2003, Negeri Sembilan Naza dan Pahang mencatat keputusan seri 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman semalam.

Tugas berat kini menanti skuad bimbingan K. Devan untuk melangkah ke perlawanan akhir pada 20 Mei ini apabila bertandang bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur 13 Mei ini.

Corak permainan berhati-hati kedua-dua pasukan menyebabkan masing-masing selesa dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Peluang terbaik Pahang pada minit ke-23 menerusi ketua pasukan, Rosdi Talin tetapi penjaga gol tuan rumah Azizon lebih tangkas menyelamatkan keadaan.

Buat Negeri Sembilan Naza pada minit ke-41, Ching Hong Aik membuat gerakan solo hingga ke kawasan pelawat tetapi pemain pertahanan, Subri Sulong menjadi penyelamat.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura B23 meneruskan rentak cemerlang tetapi terpaksa berhempas pulas menewaskan naib juara 2003, Perlis 3-2.

Berbekalkan satu gol tugas berat menanti anak didik Fandi Ahmad yang akan mengharungi saingan separuh akhir kedua menentang Perlis di tempat lawan pada 13 Mei ini.

Seawal minit kesembilan pintu gol Perlis bocor hasil jaringan Mohamad Khairul Amri Mohamad menewaskan penjaga gol, Mohd. Amran Omar.

Perlis cuba mengatur gerakan menyamakan kedudukan tetapi sebaliknya Singapura B23 tangkas mencuri peluang menambah gol kedua menerusi Qiu Li.

Ketinggalan 2-0 pada babak pertama membuatkan Perlis menggandakan asakan dan menghasilkan gol pertama menerusi pemain gantian Efendi Abdul Malek pada minit ke-70.

Dua minit kemudian hasil gerakan pantas Efendi dari sayap kanan melorongkan bola dan mudah ditanduk masuk oleh Philimon Chepita bagi mengikat kedudukan 2-2.

Bagaimanapun pada minit ke-80, tuah menjadi milik tuan rumah apabila Jumaat Jantan menjaringkan gol ketiga.

Perlis sepatutnya menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan apabila dihadiahkan penalti tetapi disia-siakan oleh Muhd Lamin Conteh.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2tL2XbG
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Pahang ikat Negeri Sembilan

Sekianlah artikel Pahang ikat Negeri Sembilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang ikat Negeri Sembilan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pahang-ikat-negeri-sembilan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang ikat Negeri Sembilan"

Catat Ulasan

Loading...