Judul : PBT Digesa Pantau Penjualan Mercun & Bunga Api
link : PBT Digesa Pantau Penjualan Mercun & Bunga Api
PBT Digesa Pantau Penjualan Mercun & Bunga Api
PADANG TERAP – Kerajaan negeri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan yang lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh terhadap penjualan mercun bagi mengelak kemalangan membabitkan mercun sepanjang Ramadan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, PBT perlu menggunakan kuasa mereka dalam menghalang penjualan mercun terutama yang tidak dibenarkan di pasaran.
“Kita mahu PBT menghalang penjualan mercun yang tidak berlesen dengan lebih agresif. Bagi yang berlesen, kita perlu pantau supaya hanya menjual bunga api yang tidak berbahaya kepada pengguna,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar dan sumbangan Ramadan anjuran Bina Darul Aman Berhad (BDB) di Masjid Kampung Padang Sanai, Kuala Nerang di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pelajar Maahad Tahfiz di negeri ini berusia 14 tahun yang mengalami kecederaan serius apabila tulang jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari patah akibat bermain mercun bola.
“Apa yang berlaku amat menyedihkan dan dalam masa yang sama, kita menyeru ibu bapa agar tidak leka membiarkan anak-anak bermain bunga api dan mercun. Saban tahun, kita mendengar berita yang serupa dan kita tidak mahu jumlah itu terus bertambah,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff menyerahkan sumbangan kepada 100 asnaf sekitar Kuala Nerang. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVGXd9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PBT Digesa Pantau Penjualan Mercun & Bunga Api
Anda sekarang membaca artikel PBT Digesa Pantau Penjualan Mercun & Bunga Api dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pbt-digesa-pantau-penjualan-mercun.html
0 Response to "PBT Digesa Pantau Penjualan Mercun & Bunga Api"
Catat Ulasan