Loading...

Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang

Loading...
Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang
link : Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang

Baca juga


Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu lebih peka dan meneruskan usahanya dalam mewujudkan barisan penampan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan mendorong eksport semasa lebihan akaun semasa kini yang semakin mengecil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga perlu sedar bahawa Malaysia beroperasi dalam persekitaran global yang kompetitif, yang sentiasa memerlukan perubahan segera.

“Kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi supaya kita dapat mengekalkan kelebihan dan sentiasa dihadapan persaing. Berdasarkan kelebihan ini, serta prospek global yang semakin baik, ekonomi negara kita berada pada landasan untuk mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus tahun ini.

Hari ini, ekonomi kita sudah dipelbagaikan dari segi sumber pertumbuhan dan pendapatan hasil daripada pembaharuan ekonomi, kewangan dan fiskal yang telah dilaksanakan kerajaan. Ini meletakkan kita pada kedudukan yang baik untuk mengharungi cabaran ekonomi global dan domestik,” kata Najib dalam ucaptama pada Mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2018 yang bertemakan ‘Negaraku Membentuk Masa Depan’ di sini hari ini.

Bajet 2018 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Gabenor Bank Negara Datuk Seri Muhammad Ibrahim, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Ranjit Ajit Singh dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Bagi suku pertama 2017, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion pada suku berkenaan, terutama dalam sektor perkhidmatan, perlombongan dan pembuatan.

Menurut Najib, persekitaran global yang berdaya saing boleh dicapai dengan membangunkan semangat keusahawanan yang kuat, digerakkan dengan budaya inovasi dan kreativiti serta penyusunan semula bagi memenuhi permintaan semasa, dengan mengutamakan ekonomi digital.

“Untuk itu, kita mesti menerima teknologi dan pendigitalan dalam meningkatkan produktiviti perniagaan. Digital Malaysia diberi keutamaan yang tinggi dalam agenda kerajaan. Kita perlu memperhebatkan inovasi memandangkan ia adalah faktor pembezaan yang memacu keuntungan dan pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

Perdana Menteri berkata kemajuan dalam teknologi, proses perniagaan, dan idea-idea yang muncul menerusi inovasi, akan meningkatkan daya saing negara, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi, dan pada masa yang sama, menekankan pemupukkan bakat bakat untuk meningkatkan produktiviti.

Beliau berkata kerajaan juga telah melancarkan Pelan Pembangunan Produktiviti Malaysia, yang akan membolehkan Malaysia mengaplikasikan Revolusi Perindustrian Keempat, dengan universiti dan institusi pengajian tinggi dicabar untuk melahirkan modal insan dengan set baharu kemahiran dan pekerjaan yang belum wujud.

“Keusahawanan merupakan antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi kerana ia mewujudkan kekayaan, dan meningkatkan inovasi dan teknologi serta mengurangkan kemiskinan. Menerusi keusahawananlah wujudkan perniagaan yang besar dan inovasi penting memasuki pasaran, mencipta produk atau proses pengeluaran baharu yang mendorong kepada kecekapan yang lebih tinggi,” katanya.

Najib berkata SME Corp dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan mengenal pasti 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai Zon Perdagangan Bebas digital (DFTZ) pertama di dunia bermula Oktober ini.

DFTZ dijangka menggandakan pertumbuhan e-Dagang negara daripada 10.8 peratus kepada 20.8 peratus pada 2020, dan mewujudkan 60,000 pekerjaan menjelang 2025, katanya.

Selain membangunkan dan mempelbagaikan ekonomi, Najib berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan isu dalam pasaran hartanah, dan akan meneruskan peranan dalam mewujudkan persekitaran yang meningkatkan kemampuan dan kebolehcapaian rumah berkualiti untuk mereka yang pendapatan rendah dan sederhana. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sr3pOh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang

Sekianlah artikel Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/peka-promosi-pertumbuhan-ekonomi-jangka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang"

Catat Ulasan

Loading...