Loading...

Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak'

Loading...
Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak'
link : Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak'

Baca juga


Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak'

KOTA TINGGI: Seorang pekerja ladang warga Indonesia ditemui tidak bernyawa dipercayai maut akibat diserang gajah liar di Ladang Tunjuk Laut, Tanjung Sedili dekat sini tengah semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Sofian Adi, 33, dipercayai hilang sejak Selasa dan dijumpai dalam keadaan tertangkup di kawasan ladang berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Rahman Hashim berkata pihaknya menerima maklumat dari bilik kawalan tentang seorang lelaki hilang pada jam 8.57 pagi Selasa sebelum bergegas ke lokasi bersama enam anggota dan dua kenderaan pacuan empat roda.

"Mangsa dijumpai kira-kira jam 12.50 tengah hari (Rabu) oleh pekerja ladang yang melakukan operasi mencari.

"Pekerja ladang berkenaan menjumpai kasut mangsa terlebih dahulu sebelum menjumpai mayat mangsa kira-kira 100 meter dari kasut tersebut," kata beliau ketika dihubungi di sini pada Rabu.

"Kita dimaklumkan seorang lagi rakan mangsa mengalami cedera akibat diserang haiwan liar itu dan kini sedang dirawat," kata Rahman.

Ekoran penemuan mayat lelaki itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 1.30 tengah hari tadi dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah turut mengesahkan mayat mangsa yang dijumpai adalah pekerja ladang warga Indonesia.

"Mangsa disedari telah hilang sejak semalam (Selasa) dan tengah hari Rabu mangsa ditemui mati dengan kesan dipijak gajah," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEskL8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak'

Sekianlah artikel Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pekerja-ladang-maut-dipercayai-dipijak_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak'"

Catat Ulasan

Loading...