Judul : Pelajar UMT Miliki Masa Depan Cemerlang
link : Pelajar UMT Miliki Masa Depan Cemerlang
Pelajar UMT Miliki Masa Depan Cemerlang
KUALA NERUS – Pelajar Diploma Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu memiliki masa depan cemerlang sekiranya mereka gigih dan tekun dalam mengikuti bidang pengajian itu selama berada di universiti berkenaan.
Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aeini Mokhtar berkata sesuatu yang sangat membanggakan apabila ramai graduan Diploma Perikanan berjaya menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta mahupun sebagai usahawan perikanan dan akuakultur.
“Ada menjadi pegawai tinggi seperti Pegawai Tadbir Diplomatik, Pengarah Perikanan negeri, usahawan dengan gaji puluhan ribu sebulan, malah ada juga graduan Diploma Perikanan menjadi ahli akademik dengan memiliki PhD.
“Program Diploma Perikanan juga antara pengantara kepada program-program ijazah di UMT. Mengikut statistik, 75 peratus graduan Diploma Perikanan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dan mereka mempunyai kelebihan berbanding lepasan matrikulasi dan diploma lain. Ini kerana terdapat sistem pengecualian kursus-kursus tertentu yang membolehkan pelajar cemerlang menamatkan pengajian peringkat Ijazah dalam masa lebih singkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Ikrar Pelajar Baharu Diploma Universiti Malaysia Terengganu Sesi 2017/2018 di sini hari ini. Seramai 85 pelajar dipilih mengikuti program diploma itu yang bernaung di bawah Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur UMT.
Beliau seterusnya berkata berdasarkan maklumat Kementerian Pendidikan, pada sesi kemasukan kali ini, 186,857 calon telah memohon mengikuti program diploma dan 2,529 daripadanya memohon untuk Diploma Perikanan di UMT.
“Namun, hanya 80,000 calon yang berjaya mendapat tempat, termasuk 164 tempat yang telah disediakan UMT. Sistem pemilihan adalah menggunakan prinsip meritokrasi di mana dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.
“Justeru, saya berharap semua pelajar baharu ini dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan suasana pembelajaran baharu dan lakukan yang terbaik sejak semester pertama,” katanya.
Program Diploma Perikanan adalah program tertua di UMT dan merupakan program legasi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Hanya dua IPT di Malaysia yang menawarkan Diploma Perikanan iaitu UMT dan UPM cawangan Bintulu, Sarawak.
Nor Aeini berkata dalam program Diploma Perikanan, pelajar akan didedahkan dengan kursus berkaitan dunia perikanan dan organisma akuatik meliputi aspek biologi, pemakanan, pengurusan kualiti air, kesihatan dan penyakit, statistik gunaan, teknologi instrumentasi, pemprosesan dan pemasaran produk, keusahawanan dan pengurusan sumber.
“Pelajar bukan sahaja melakukan amali di makmal, tetapi juga berpeluang turun ke makmal sebenar seperti pelabuhan perikanan, ternakan ikan sangkar, kolam, tempat penetasan, pusat penyelidikan perikanan, Setiu Wetland, Tasik Kenyir, Pulau Bidong, ekspedisi di Laut China Selatan dan sebagainya,” kata beliau. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqTapZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pelajar UMT Miliki Masa Depan Cemerlang
Anda sekarang membaca artikel Pelajar UMT Miliki Masa Depan Cemerlang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pelajar-umt-miliki-masa-depan-cemerlang.html
0 Response to "Pelajar UMT Miliki Masa Depan Cemerlang"
Catat Ulasan