Judul : Pemandu Uber Sedang Berehat Cedera Ditetak di Stesen Minyak Jertih
link : Pemandu Uber Sedang Berehat Cedera Ditetak di Stesen Minyak Jertih
Pemandu Uber Sedang Berehat Cedera Ditetak di Stesen Minyak Jertih
Jenayah memang berlaku di mana-mana, tak kira tempat dan masa. Kita sering mendengar tentang penumpang diraba atau diserang pemandu Grab dan Uber. Berbeza pula kali ini apabila pemandu Uber ini pula yang diserang oleh orang awam hingga menyebabkan kecederaan teruk.
Seorang pemandu perkhidmatan Uber telah ditetak oleh penjenayah ketika sedang berhenti di stesen minyak kerana letih memandu. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 pagi di sebuah stesen minyak Seberang Jertih, semalam.
Menurut Harian Metro, Ahmad Taufik Che Daud @ Che mud berumur 29 tahun yang berasal dari Kampung Nipah, Bachok Kelantan itu bukan sahaja ditetak, malah keretanya turut dilarikan penjenayah terbabit.
Mangsa yang dalam perjalanan untuk pulang dari Kuala Lumpur ke kampungnya di Bachok Kelantan memandu seorang diri dan berhenti di stesen minyak berkenaan untuk berehat. Namun tiba-tiba datang sebuah Perodua Myvi kuning berhenti di belakang kereta KIA Forte yang dipandunya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata,
Tiga lelaki datang ke arah mangsa dengan seorang daripada mereka terus menetak mangsa menggunakan parang.”
Selepas ditetak suspek meninggalkan mangsa di tempat kejadian dan membawa lari kenderaannya. Mangsa cedera parah di dahi, belakang kepala, ibu jari tangan kanan, dan lengan kanan akibat daripada serangan tersebut.
Orang ramai yang melihat keadaan mangsa kemudian menghantarnya ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut. Nasib ada orang awam yang perasan!
“Terdapat CCTV di stesen minyak berkenaan akan tetapi ianya tidak berfungsi dan polis kini sedang berusaha mengesan suspek,” kata Zamri.
Beliau juga turut mengingatkan pengguna jalan raya untuk berhati-hati jika berhenti berehat di mana-mana lokasi, lebi-lebih lagi jika berseorangan. Ini adalah kerana kejadian tetak itu bukanlah pertama kali berlaku.
Satu lagi kejadian tetak dan telah mengakibatkan kematian dilaporkan berlaku di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut. Kedua-dua insiden ini berlaku dalam tempoh 48 jam! Manusia sekarang memang takde hati perut ke?!
Semoga jadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua untuk lebih berhati-hati walau dimanapun kita berada. Jangan rasa duduk dalam kereta tu selamat! Kalau nak berehat, pastikan sekeliling anda ada ramai orang dan tempat diterangi cahaya.
Baca: Lelaki Ditemui Mati Di Dalam Semak Selepas Dipukul 12 Lelaki di Pasar Tani Kuala Besut
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMjfRI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pemandu Uber Sedang Berehat Cedera Ditetak di Stesen Minyak Jertih
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Uber Sedang Berehat Cedera Ditetak di Stesen Minyak Jertih dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pemandu-uber-sedang-berehat-cedera.html
0 Response to "Pemandu Uber Sedang Berehat Cedera Ditetak di Stesen Minyak Jertih"
Catat Ulasan