Loading...

Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

Loading...
Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa
link : Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

Baca juga


Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh berkata penerbitan lagu-lagu etnik Murut merupakan langkah yang sangat baik untuk mempromosi bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda etnik Murut agar ia terus dipertuturkan.

Beliau berkata ada antara generasi muda etnik Murut di Sabah tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka dan antara punca kemerosotan itu ialah kurangnya pendekatan untuk memperkasakan penggunaan bahasa ibunda itu dalam kalangan masyarakat etnik berkenaan.

“Kita perlu menyedari situasi ini bahawa sesuatu kekurangan telah berlaku di kalangan etnik ini yang perlu diperbaiki segera,” katanya selepas melancarkan album ‘Pangkaraanku Diun’, nyanyian Keydeet Jake Lanjian, di Rumah Murut Hongkod Koisaan, di sini semalam.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, aktiviti kesenian masyarakat Murut, termasuk aspek bahasa etnik itu perlu dipergiatkan dalam usaha memartabatkan identiti serta keunikan budaya bangsa itu di persada nasional.

“Dalam kita berusaha untuk memastikan bahasa ibunda dan budaya kita terus relevan, kita juga mahu supaya budaya kita dikenali dan diterima oleh bangsa-bangsa yang lain di negara ini,” katanya.

Radin mengajak para pencipta lagu Murut di negeri ini supaya sentiasa berusaha menghasilkan lirik serta lagu yang bermutu tinggi agar lagu-lagu itu dapat menembusi lebih luas dan bagi tujuan itu mereka memerlukan strategi lebih berkesan.

Katanya adalah satu kesilapan besar jika penggiat industri muzik ingin menerajui industri muzik pada era digital ini tetapi pada masa sama masih mengekalkan pendekatan atau strategi pengurusan lama.

“Era digital meletakkan industri muzik terdedah kepada perkembangan dunia tanpa sempadan,” katanya.

Justeru, Radin mahu penggiat seni di negeri ini, khususnya dalam kalangan karyawan etnik Murut, supaya memperkasakan penguasaan ilmu dalam persaingan menghadapi era digital industri muzik. – BERNAMA.

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWKMBY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

Sekianlah artikel Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/penerbitan-lagu-etnik-murut-langkah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Tarik guna jentolak BUAYA jantan seberat hampir satu tan berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Su… Read More...
  • 'Awak cari rumah lain' “DALAM dua tiga empat hari ini awak carilah rumah lain, sebab apa, sebab busuk nama kampung saya, busuk nama saya, adik beradik pun jadi ma… Read More...
  • Tahan inspektor depan pasar raya INSPEKTOR polis yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, ditahan polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya, Matang, mal… Read More...
  • 'Malu saya...' pix Zuhairi Zuber “MALU juga bila hidup saya ditularkan sebegini rupa sehinggakan saya dimarahi tuan rumah sewa. Tapi benda sudah jadi, say… Read More...
  • Maut ditembak suami SEORANG wanita maut dipercayai ditembak suaminya, seorang anggota polis, di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, hari ini. Dalam kejadian kira-k… Read More...

0 Response to "Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa"

Catat Ulasan

Loading...