Loading...

Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah

Loading...
Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah
link : Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah

Baca juga


Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah



NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana menjual zakar biawak menerusi laman jualan atas talian dengan menamakan anggota tubuh haiwan eksotik itu sebagai akar pokok nadir.

Media India melaporkan, suspek warga tempatan itu dipercayai memperdagangkan batang kemaluan daripada spesies cicak gergasi tersebut yang turut dikenali sebagai monitor lizard atau nama saintifiknya Varanus varius.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kalki Krishnan mendakwa objek yang dijualnya itu konon boleh membawa tuah kepada pembelinya, menurut pegawai Jabatan Perhutanan India yang dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Berita penangkapan suspek itu muncul selepas beberapa hari pihak penyiasat India dan British dalam kenyataan bersama mengesahkan penemuan sindiket penipuan perniagaan Internet yang jual anggota sulit biawak tersebut.

Produk ajaib itu dirujuk sebagai Hatha Jodi dan suspek ditahan di negeri Madhya Pradesh. Cicak gergasi tersebut merupakan spesies haiwan terancam yang dilindungi oleh pihak kerajaan di bawah Akta Hidupan Liar India.


“Kami buat banyak rampasan dan hantar zakar biawak ini terus kepada makmal awam untuk ujian lanjut. Kami akan dapat perintah mahkamah untuk tahan suspek bagi menjalani siasatan,” kata pegawai perhutanan, H.V Girish.

Selain anggota kemaluan, bebarapa item dipercayai daripada binatang buas yang lain turut disita daripada Kalki, kata jurucakap Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar India kepada akhbar berpengaruh The Hindustan Times.

Harga ditawarkan adalah pelbagai daripada serendah 387 rupee kepada 4,063 rupee (kira-kira RM26 sehingga RM270) bagi pembelian dalam India manakala 16,382 rupee (sekitar RM1,090) untuk tempahan dari luar negara.

“Cicak gergasi ini dipercayai ditangkap secara haram dari kawasan hutan tebal, kemungkinan dengan menggunakan perangkap atau jerat buatan sendiri. Ada yang dipotong kerongkong atau tengkorak dihancurkan.

“Ini untuk membolehkan alat kelamin haiwan tersebut mudah dapat dikeluar dan digunakan sebagai Hatha Jodi,” kata Neil D’Cruze dari Badan Perlindungan Haiwan Dunia dalam satu kenyataan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s69yvm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah

Sekianlah artikel Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/peniaga-online-jual-zakar-biawak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peniaga Online Jual Zakar Biawak Sebagai Akar Tuah"

Catat Ulasan

Loading...