Loading...

'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan

Loading...
'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan
link : 'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan

Baca juga


'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan

'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan

Pengguna mempunyai kebimbangan terhadap harga insurans kereta baru dan lama sebaik harga baru diperkenalkan pelbagai syarikat insurans bermula 1 Julai ini. (Gambar: cgarchitect.com)

Tinggal beberapa hari lagi sebelum sistem insurans kenderaan di Malaysia berubah sepenuhnya selepas berpuluh tahun harga insurans di kawal oleh tarif Bank Negara Malaysia (BNM).

Sistem kawalan harga insurans itu menjadikan harga pelbagai pelan insurans kenderaan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans berlesen di negara ini selama ini hampir sama.

Selepas pemansuhan tarif pada 1 Julai 2017, harga insurans kenderaan tidak lagi dikawal BNM sebaliknya, syarikat insurans yang akan meletakkan harga sendiri.

Sistem itu telah lama dipakai di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China, Thailand dan Singapura manakala ia baru mahu diperkenalkan di Malaysia.
 

PERCANGGAHAN PENDAPAT 

Seiring dengan perkembangan tesebut, pelbagai pendapat dilemparkan oleh ramai pihak termasuk persatuan pengguna mengenai langkah Malaysia mengubah sistem insurans kenderaan.

Kecenderungan ramai pihak untuk mengutarakan pandangan masing-masing ekoran langkah itu bakal memberi impak kepada lebih 27.61 juta kenderaan berdaftar di negara ini.

Sebahagian mereka yang menyokong langkah tersebut berpendapat ia bakal menjadikan harga insurans di Malaysia lebih murah disebabkan oleh `perang harga' antara syarikat insurans.

Mereka yang berpandangan positif itu turut menjangkakan syarikat-syarikat insurans akan memperkenalkan lebih banyak produk baharu dan meningkatkan perkhidmatan insurans mereka untuk menarik pelanggan kerana kuasa pasaran kini di tangan pengguna.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris menyatakan kebimbangan pengguna akan wujud apabila terpaksa membayar lebih untuk insurans kenderaan selepas tarif baru insurans kenderaan diperkenalkan bermula 1 Julai Ini.

Tambahnya, ia secara tidak sengaja akan `menghukum' pemandu yang baik oleh beberapa faktor terutama berdasarkan jantina, usia, perbatuan kereta dan pekerjaan pemandu.

Hal itu disebabkan pengiraan baharu harga insurans kelak akan mengambil kira risiko pemilik untuk menentukan harga. Risiko rendah, harga lagi murah. Risiko tinggi, harga lagi mahal.

Antara aspek yang bakal diambil kira adalah jantina, model dan jenis kenderaan, pekerjaan, rekod tuntutan, kegunaan kereta, umur, tempat tinggal dan sebagainya.

Beliau turut mempertikaikan sistem insurans semasa berdasarkan kepada prinsip `Corrective Justice' iaitu anda perlu membayar jika anda bersalah. Di bawah sistem itu, tidak semua mangsa yang cedera dalam Kemalangan Kenderaan (MVA) akan menerima pampasan.

Bank Negara Malaysia tidak lagi mengawal harga insurans bermula 1 Julai ini.

SKIM LIABILITI TANPA KESALAHAN (NFL) 

Sehubungan itu, di samping pemansuhan tarif, S.M. Mohamed mencadangkan BNM memperkenalkan NFL sebagai ganti kepada nyahtarif insurans kenderaan bagi memudahkan orang ramai.

Menurutnya, NFL sama seperti skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diperkenalkan kerajaan sejak tahun 1971. Beliau yakin NFL mampu menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi pengguna berhubung insurans kenderaan selama ini seperti:

  • akses yang tidak mencukupi terhadap perlindungan insurans pihak ketiga terutama bagi kenderaan perdagangan dan lama
  • proses penyelesaian tuntutan yang panjang
  • premium yang tidak disemak semula sejak 1978
Syarikat insurans enggan menawarkan perlindungan insurans pihak ketiga memandangkan premium tidak mencukupi. Risiko pada mangsa kemalangan tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mencukupi.

S.M. Mohamed menyarankan skim itu dibiayai oleh premium insurans pihak ketiga memandangkan bayaran pengurusan dan guaman syarikat insurans akan berkurangan kerana tiada lagi keperluan membuktikan kesalahan dan komisen kepada ejen.

"Lebih-lebih lagi, pembiayaan juga boleh diperolehi daripada Perkeso kerana ia juga menangani tuntutan pekerja yang cedera dalam waktu kerja termasuk perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mereka," katanya dalam satu kenyataan.
 

APA ITU PRINSIP NFL 

Menurut S.M. Mohamed prinsip NFL adalah seperti berikut:

  • Pampasan yang cepat, cekap dan mencukupi bagi mangsa MVA tanpa perlu litigasi atau pertikaian penyelesaian berhubung isu kesalahan.
  • Pemulihan dan penjagaan sepanjang hayat bagi mangsa dengan kecederaan serius dan sokongan untuk keluarga mangsa yang meninggal
  • strategi pencegahan kemalangan yang berkesan
  • kos pengurusan yang rendah supaya lebih banyak dana diperolehi untuk mangsa kemalangan jalan raya.


JANGAN CEPAT MELATAH 

Walau apa pun pandangan dilemparkan oleh ramai pihak mengenai impak ke atas harga insurans kenderaan, pada akhirnya syarikat insurans perlu bersaing untuk menawarkan harga yang kompetitif kerana kuasa pasaran ini terletak ditangan pengguna.

Justeru, selepas Julai ini, adalah wajar pengguna yang mahu membeli insurans untuk kereta baru atau lama, mereka membuat tinjauan ke atas setiap perkhidmatan insurans yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans terlebih dahulu.

Seperti yang dinasihatikan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM): “Ia akan berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Pengguna perlu meneliti insurans kenderaan yang memenuhi keperluan mereka".

Ada lebih 30 syarikat insurans kenderaan di Malaysia dan setiap syarikat kenderaan terbabit mengenakan harga dan kualiti perkhidmatan yang berbeza. Tepuk dada tanya selera.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tr64Iy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel 'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan

Sekianlah artikel 'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/perang-harga-syarikat-insurans-bermula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Perang Harga' Syarikat Insurans Bermula 1 Julai, Impak Pada 27 Juta Kenderaan"

Catat Ulasan

Loading...