Loading...
Judul : Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan
link : Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan
Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan
PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan melanjutkan permohonan pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah berakhir semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tindakan tegas itu terpaksa dilakukan memandangkan pelbagai amaran dan peringatan telah dikeluarkan sebelum ini namun tidak dihiraukan oleh pihak majikan.
"Sehingga malam tadi kita telah menamatkan pengeluaran E-Kad, walaupun hanya 23 peratus PATI yang sudah memohon, tindakan tegas tetap akan dibuat mengikut akta di bawah Jabatan Imigresen.
"Kita tidak menyekat mereka untuk mencari rezeki di Malaysia justeru majikan dan PATI harus bertanggungjawab apabila berada di negara ini," katanya dalam sidang akhbar sempena rumah terbukanya di kediamaannya di Sri Satria, di sini hari ini.
Bermula tengah malam tadi, Jabatan Imigresen mula menjalankan gerakan besar-besaran memburu PATI di seluruh negara selain mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang melakukan kesalahan menggaji mereka.
Pendaftaran E-Kad dibuka sejak 15 Februari lalu dan kad itu berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi tujuan menggantikan dokumen perjalanan sah daripada kedutaan untuk membolehkan warga asing terbabit terus bekerja di negara ini.
Sementara itu, mengulas mengenai laporan sebuah berita antarabangsa bahawa Malaysia akan menghentikan pengeluaran visa kepada warga Korea Utara susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam pada Februari lalu, beliau berkata, dakwaan tersebut tidak benar. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srrZQo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan
Sekianlah artikel Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/permohonan-e-kad-tidak-dilanjutkan.html
0 Response to "Permohonan E-Kad Tidak Dilanjutkan"
Catat Ulasan