Loading...
Judul : Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak
link : Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak
Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak
KUALA LUMPUR: Pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Dhaka, Bangladesh ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal berikutan cermin depan retak.
Pesawat itu berlepas dari Dhaka pada jam 12.50 tengah hari (waktu tempatan) semalam.
Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu yang disiarkan menerusi Facebook rasmi malam tadi, juruterbang mengambil tindakan segera dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kembali ke Dhaka.
“Aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Malindo Air dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan berpunca daripada insiden berkenaan,” katanya.
Katanya, semua penumpang dan anak kapal selamat mendarat. Syarikat penerbangan itu kini bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk menyediakan bantuan dan memastikan kesejahteraan dan kebajikan penumpang dan anak kapal terjaga.
Menurut kenyataan itu, penumpang akan dipindahkan ke pesawat lain dengan segera.
Pada Ahad lalu, pesawat Malindo Air dalam penerbangan dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi, India kerana masalah enjin.
Pesawat OD132 berlepas dari Lahore pada jam 9.25 malam sebelum dikesan mengalami masalah teknikal. – Berita Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ugmSi7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak
Sekianlah artikel Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pesawat-malindo-air-patah-balik-cermin_27.html
0 Response to "Pesawat Malindo Air Patah Balik, Cermin Depan Retak"
Catat Ulasan