Judul : Peti sejuk jenama Hotpoint punca kebakaran Grenfell Tower London?
link : Peti sejuk jenama Hotpoint punca kebakaran Grenfell Tower London?
Peti sejuk jenama Hotpoint punca kebakaran Grenfell Tower London?
Polis London dalam satu kenyataan turut mengarahkan saki baki penduduk yang masih tinggal di kediaman mereka untuk meninggalkan bangunan 24 tingkat itu kerana ujian keselamatan mendapati bangunan itu tidak lagi selamat.
Penyiasat polis, Supt Fiona McCormack berkata pakar juga telah membuat kesimpulan, kebakaran terburuk sejak Perang Dunia Kedua di negara itu berpunca dari sebuah peti sejuk.
Selain itu, kedua-dua penebat dan jubin yang menyaluti blok menara kediaman itu juga didapati gagal melepasi pemeriksaan keselamatan.
Kebakaran yang merebak dengan pantas itu telah membangkitkan kemarahan dan tekanan orang ramai terhadap Perdana Menteri, Theresa May.Selain kesalahan membunuh tanpa niat, polis juga akan mendakwa beberapa pihak berhubung pelanggaran peraturan dan undang-undang keselamatan bangunan.
Arahan turut dikeluarkan agar satu pemeriksaan terperinci terhadap peti sejuk berjenama Hotpoint milik syarikat Whirpool itu, namun setakat ini tiada arahan menarik balik dari pasaran dikeluarkan.
Ia merupakan model peti sejuk yang dikeluarkan sekitar 2006 hingga 2009.
Whirpool dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan itu dan melahirkan rasa sedih atas tragedi yang berlaku.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5SCFi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Peti sejuk jenama Hotpoint punca kebakaran Grenfell Tower London?
Anda sekarang membaca artikel Peti sejuk jenama Hotpoint punca kebakaran Grenfell Tower London? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/peti-sejuk-jenama-hotpoint-punca.html
0 Response to "Peti sejuk jenama Hotpoint punca kebakaran Grenfell Tower London?"
Catat Ulasan