Judul : Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM
link : Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM
Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM
Pada masa sama, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha mengakui sukar untuk mewujudkan sistem baharu untuk membezakan produk Islam Bumiputera dengan produk bukan Islam.
"Itu memang sesuatu yang sukar untuk kita lakukan kerana syarat kita adalah apabila industri memenuhi kriteria untuk pensijilan halal, maka kita akan luluskan.
"Dari segi penggunaan bentuk-bentuk logo, kita telah menasihati industri-industri untuk memilih lambang atau logo yang sesuai dan tidak mengelirukan," katanya kepada media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Halal Malaysia Bil.2/2017 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet dan agensi berkaitan.
Beliau turut mengakui JAKIM tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap produk-produk yang mempunyai logo mengelirukan.
Justeru, beliau menasihati pengguna beragama Islam supaya mengutamakan pembelian produk yang mempunyai pensijilan halal Malaysia atau 66 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan supaya JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk syarikat bukan Islam.
PPIM turut menyarankan agar kaji selidik tersebut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnj3rw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM
Anda sekarang membaca artikel Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pilih-lambang-halal-sesuai-elak.html
0 Response to "Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM"
Catat Ulasan