Judul : ‘Pilih Saya Atau Isa’ Kata Zakaria Pada Pemegang Saham
link : ‘Pilih Saya Atau Isa’ Kata Zakaria Pada Pemegang Saham
‘Pilih Saya Atau Isa’ Kata Zakaria Pada Pemegang Saham
KUALA LUMPUR – Krisis dalaman anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kini semakin memuncak apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad memberi kata dua kepada pemegang saham untuk memutuskan sama ada beliau atau Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad yang perlu meninggalkan syarikat itu.
Zakaria dalam satu temubual dengan media berkata, beliau tidak boleh untuk terus berada di FGV dalam keadaan sedemikian.
“Dalam keadaan ini, saya tidak boleh terus bekerja di FGV. Pemegang saham perlu buat keputusan…sama ada Isa atau saya (tinggalkan FGV).
“Bagaimana saya mahu bekerja sekiranya dia (Isa) masih ada? Pemegang saham boleh memilih salah seorang, mereka boleh buat keputusan,” katanya memetik laporan mStar Online.
Beliau turut mengesyorkan pihak SPRM untuk menyiasat dakwaan salah laku dalam FGV serta pihak di sebalik kontrak.
“Di atas kertas, segala-galanya adalah di atas lembaga pengarah. Saya menjemput SPRM untuk menyiasat…siapa di belakang semua tawaran, siapa orang yang memberikan kontrak, syarikat mana dan mengapa hanya syarikat-syarikat ini mendapat kontrak,” katanya memetik laporan itu.
Sementara itu, Isa pada satu sidang media semalam mendedahkan tindakan untuk mengarahkan Zakaria bercuti adalah bagi menyiasat dakwaan salah laku melibatkan jutaan ringgit daripada Delima Oil-Safitex, termasuk tunggakan pembayaran.
Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.
“Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar. Tetapi dia tak nak,” katanya.
Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan SPRM bagi siasatan.
Difahamkan, tanggungjawab sebagai Presiden dan CEO FGV akan diambil alih oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah terdiri daripada dua ahli lembaga pengarah FGV, Datuk Dr. Omar Salim dan Datuk Mohd. Zafer Mohd. Hashim bersama Ketua Kluster Logistik, Azman Ahmad.
Manakala tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pula akan diambil alih sementara oleh Pengawal Kewangan Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCtWpi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel ‘Pilih Saya Atau Isa’ Kata Zakaria Pada Pemegang Saham
Anda sekarang membaca artikel ‘Pilih Saya Atau Isa’ Kata Zakaria Pada Pemegang Saham dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/pilih-saya-atau-isa-kata-zakaria-pada.html
0 Response to "‘Pilih Saya Atau Isa’ Kata Zakaria Pada Pemegang Saham"
Catat Ulasan