Loading...
Judul : Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP
link : Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP
Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima laporan daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berhubung kehilangan barangan sistem peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, baru -baru ini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata laporan polis itu dibuat pihak PTP pada 13 Jun lalu dan siasatan sedang dijalankan membabitkan pelbagai pihak.
"Saya mengesahkan ada menerima laporan daripada pihak PTP pada 13 Jun lalu berhubung kehilangan barangan berkenaan.
"Polis difahamkan ketika ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), PTP dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, melaporkan barangan berkenaan dipercayai transit dari Australia menuju ke Belanda menerusi Johor, tetapi ditahan JKDM kerana tidak mempunyai kelulusan.
Barangan itu tiba pada bulan lalu dalam satu kontena namun dilaporkan hasil semakan audit yang dijalankan mendapati peralatan berkenaan tidak lagi berada di PTP, sebelum satu laporan polis dibuat.
Akhbar berkenaan yang turut memetik sumber tidak menolak kemungkinan ia dimuatkan ke kapal lain sebelum dihantar ke Belanda secara rahsia bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah lanjut kerana sukar dibawa keluar menerusi jalan darat disebabkan pemeriksaan ketat di pintu masuk dan keluar pelabuhan berkenaan.
Sementara itu, sumber PTP berkata, laporan polis dibuat selepas pihaknya mendapati kontena yang memuatkan barangan berkenaan didapati hilang. "PTP juga menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini, selain memberi kerjasama penuh kepada JKDM dan MITI," katanya.- BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sknHKB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP
Sekianlah artikel Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/polis-sah-terima-laporan-barangan-radar.html
0 Response to "Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP"
Catat Ulasan