Loading...

“Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani

Loading...
“Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani
link : “Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani

Baca juga


“Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani

Kekecewaan pelakon Azhan Rani terhadap telefilem lakonannya Pesan Dari Tuhan yang sebelum ini di batalkan tayangannya, kini terubat apabila karya arahan Erma Fatima itu akan ditayangkan pada hari raya kedua, jam 2 petang di saluran RTM2.

Menurut Azhan, 41, beliau menyifatkan hasil karya tersebut terlalu peribadi baginya justeru dia sangat gembira apabila diberitahu akhirnya dapat ditayangkan selepas dua terkpaksa diperam.

“Saya sangat gembira kerana bagi saya naskah Pesan Dari Tuhan sudah jadi karya peribadi bagi saya. Saya melalui pengalaman selama 13 hari menjalani penggambaran babak hujan, saya rasa belum ada lagi mana-mana penggambaran yang di buat sebegini. Selain telefilem ini menelan kos yang tinggi.

“Pada awalnya, apabila saya mendapat tahu cerita ini tidak dapat ditayangkan, saya kecewa. Arwah bapa saya juga selalu bertanyakan bila cerita ini akan ditayangkan kerana beliau mengikuti perkembangan karier saya. Dan saya rasa macam ibarat dah dapat anugerah apabila di beritahu cerita ini akan ditayangkan ,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

..

Terdahulu, Pesan Dari Tuhan pernah mencetuskan kontroversi apabila ia gagal ditayangkan di kaca TV seperti diuar-uarkan kerana Erma tidak mengikut arahan stesen televisyen terbabit yang mahukan lapan babak dalam telefilem itu dipotong.

Selain Azhan, barisan pelakon utama yang turut mejayakan telefilem terbitan Rumah Karya Citra itu seperti Ellie Suriati, Remy Ishak dan Izreen Azminda.

Meskipun berdepan beberapa cabaran sepanjang penggambaran, namun kata Azhan, proses pembikinan telefilem ini berjalan lancar kerana barisan pelakon dan produksi bukan saja bekerja keras malah masing-masing berkerja dengan jiwa.

“Memang terdapat beberapa cabaran tetapi segala kesukaran itu perjalanannya mudah kerana Kak Erma sebagai pengarah, belaiu sudah membariskan pasukannya daripada kru belakang tabir hingga yang di depan kamera dan kami semua mereka bekerja dengan jiwa.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggap telefilem ini menyetuh sensitivi sehingga tayanganya sebelum ini terpaksa dibatalkan, Azhar berkata dia kecewa dengan persepsi tersebut.

“Pada awalnya, saya kecewa dengan persepsi itu kerana kenapa harus menidakkan sebuah karya untuk duduk ditempat yang sepatutnya. Pada saya, biarlah karya itu sendiri yang bercerita.

“Hari ini, kita ada macam-macam karya yang boleh di tonton, apa salahnya sesekali kita sajikan karya yang boleh buat kita berfikir dan boleh buatkan hati kita dekat dengan karya itu. Sebenarnya telefilem ini adalah tribute kepada mangsa-mangsa banjir,” tuturnya.

“Jangan Cepat Prasangka – Ellie

..

Sementara itu Elly Suriati yang turut ditemui berkata, pihak tertentu perlu bersikap terbuka dan jangan cepat meletakkan prasangka.

“Bagi saya, tidak adil jika karya ini tidak dikeluarkan. Kita hidup bermasyarakat dan kisah drama ini memang berlaku di kalangan keluarga, adik beradik juga dalam masyarakat kita.

“Jadi kenapa perlu tutup minda sedangkan mereka belum tonton pun lagi dan kalau pun sudah menontonnya, kenapa nak judgemental dan kenapa nak terasa? Sebaliknya kita ambil iktibar,” katanya turut mengulas mengenai dakwaan tersebut

Dalam pada itu, Elly juga meluahkan rasa gembira kerana drama ini akan ditayangkan.

“Alhamdulillah, kami para pelakon gembira. Saya sendiri, puas dapat menjayakan karya ini, lebih-lebih lagi dapat bekerja dengan pengarah seperti Erma Fatimah serta barisan pelakon dan produksi yang sangat komited dan bekerja keras untu telefilem ini,” katanya.

The post “Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRhW3O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel “Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani

Sekianlah artikel “Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/rasa-macam-dah-dapat-anugerah-azhan-rani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Rasa Macam Dah Dapat Anugerah” – Azhan Rani"

Catat Ulasan

Loading...