Judul : Raya sakan nampak?!
link : Raya sakan nampak?!
Raya sakan nampak?!
DIANGGARKAN 15 dulang barang kemas dirompak dari kedai emas dalam pasar raya di Jalan Kuchai Lama, kira-kira 11 pagi, hari ini.
Saksi berkata, tiga lelaki memakai rompi (vest) tertera POLIS dan memakai topi keledar masuk ke kedai emas berkenaan dari sebelah kiri premis.
Saksi berusia 50-an itu mendakwa, dua daripada suspek bersenjatakan tukul dan seorang memegang pistol.
"Saya sedang menjaga kedai dan ternampak tiga lelaki pakai baju polis masuk ke kedai emas itu.
“Saya tidak sangka mereka akan merompak kedai emas itu. Saya boleh dengar bunyi kaca dipecah pecah dan lelaki itu mengacukan pistol kepada pekerja kedai emas," katanya.
Menurutnya, kejadian berlaku kurang daripada 10 minit sebelum suspek melarikan diri bersama beberapa dulang emas.
Sementara itu, polis masih lagi menjalankan siasatan di lokasi dan dianggarkan 15 dulang emas dirompak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stinmE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Raya sakan nampak?!
Anda sekarang membaca artikel Raya sakan nampak?! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/raya-sakan-nampak.html
0 Response to "Raya sakan nampak?!"
Catat Ulasan