Loading...

Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel

Loading...
Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel
link : Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel

Baca juga


Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak menerima pelaksanaan cukai pelancongan yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Hamzah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah menyatakan harapan beliau ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya cukai perhotelan yang dikutip di negeri Sarawak disalurkan terus kepada kerajaan negeri tanpa perlu melalui mana-mana jabatan atau agensi.

“Ini adalah satu daripada kehendak kerajaan negeri yang disampaikan kepada perdana menteri,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet Sarawak.

Beliau berkata Abang Johari juga memaklumkan dalam mesyuarat hari ini bahawa perdana menteri telah memberi jaminan bahawa kutipan cukai itu akan diagihkan kepada tiga wilayah iaitu Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Di samping itu, katanya kerajaan negeri juga menyambut baik cadangan untuk mengecualikan cukai bagi rakyat Malaysia yang menginap di hotel bertaraf tiga bintang ke bawah.

Beliau bagaimanapun menyatakan banyak yang perlu diperhalusi antara kerajaan negeri dan persekutuan berkaitan pelancongan, sama ada mengenai cukai mahupun promosi di luar negara.

“Kita mahu melihat wujud kerjasama yang baik antara kementerian pusat dan negeri serta dengan badan dan agensi di bawahnya.

“Matlamat kita adalah untuk mempromosikan Malaysia dan untuk Sarawak lebih menjurus kepada mempromosikan negeri Sarawak,” tambah beliau.

Mulai 1 Julai ini, cukai sebanyak RM2.50 akan dikenakan terhadap hotel yang tiada penarafan bintang, RM5 untuk hotel dua bintang, RM10 untuk hotel tiga bintang, RM15 untuk hotel empat bintang dan RM20 untuk hotel bertaraf lima bintang.

Bagaimanapun Abdul Karim berkata beliau tidak pasti sama ada ia boleh dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan memandangkan tempoh yang sangat singkat, malah hotel-hotel di Sarawak masih belum menerima apa-apa arahan daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata sebelum dilaksanakan, pengusaha hotel perlu diberi taklimat mengenai mekanisme pungutan cukai dan kepada pihak mana ia perlu dibayar.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGHjEe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel

Sekianlah artikel Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/sarawak-terima-pelaksanaan-cukai-hotel.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sarawak Terima Pelaksanaan Cukai Hotel"

Catat Ulasan

Loading...