Loading...

SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK

Loading...
SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK
link : SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK

Baca juga


SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) wajar menyelesaikan kemelut dalam gabungan itu berbanding sibuk merancang mengadakan himpunan.

Katanya, banyak yang perlu dilakukan oleh gabungan terbabit bagi mengatasi pertikaian dalaman mereka dan bukannya menghabiskan masa dan usaha menganjurkan satu lagi himpunan.

“Sebagai contoh, nampaknya tidak ada jawapan jelas mengenai siapa calon perdana menteri jika mereka menang dalam pilihan raya akan datang, belum lagi tentang kabinet bayangan.

“Daripada terus merungut tentang kerajaan yang ada, HARAPAN patut menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka menganggap gabungan itu adalah pilihan yang boleh diyakini.

“Dengan segala kekeliruan, percanggahan dan perbalahan, HARAPAN jauh sekali daripada menjadi kerajaan menunggu,” katanya kepada Malaysiakini.

Justeru, Salleh berkata, rancangan HARAPAN mengadakan himpunan berkenaan – dijadual pada September ini – mungkin cara mereka mengalihkan perhatian orang ramai daripada masalah dihadapi.

Biar rakyat pilih

Salleh diminta mengulas cadangan pakatan pembangkang mengadakan himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi sebagai reaksi mereka kepada saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS terhadap aset yang didakwa diperoleh secara salah melalui dana 1MDB.

Rancangan mengadakan himpunan itu diumum Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di parlimen hari ini.

Anggota parlimen Permatang Pauh itu juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Bertindak 1MDB yang dianggotai wakil PKR, DAP, Parti Amanah Negara, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kata Salleh, beliau tidak yakin rancangan pembangkang mengadakan himpunan itu akan menarik banyak perhatian rakyat Malaysia yang kini lelah dengan politik, termasuk keadaan semasa pembangkang.

Justeru, kata bekas ketua menteri Sabah itu, rakyat wajar dibiarkan membuat pilihan masing-masing pada pilihan raya akan datang.

Beliau juga menegaskan apa saja yang disebutkan dalam saman DOJ itu adalah dakwaan dan aduan saja.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tmslHq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK

Sekianlah artikel SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/selesaikan-dulu-masalah-sendiri-sebelum.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SELESAIKAN DULU MASALAH SENDIRI SEBELUM FIKIR HIMPUNAN – SALLEH KERUAK"

Catat Ulasan

Loading...