Loading...

SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?

Loading...
SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?
link : SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?

Baca juga


SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?

Reaksi Peguam Negara, Apandi Ali yang menyifatkan saman sivil Jabatan Kehakiman AS atau DOJ sebagai bermotif politik, bukan saja memualkan, tetapi hanya menambahkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap beliau.
Alasan beliau bahawa saman itu bermotif politik adalah disebabkan DOJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut berhubung tuntutan yang mereka kemukakan.
“Jika mereka minta sebarang maklumat berkaitan 1MDB, adalah menjadi tangggungjawab kita memberi bantuan.
“Jadi, saya rumuskan tindakan DOJ itu adalah bersifat politik,” kata Apandi.
Wahh…senangnya bagi alasan!
Kenapa Apandi tidak menjawab berdasarkan fakta undang-undang, tetapi mirip seorang ahli politik?
Sebenarnya, kenyataan Apandi itu sendiri lebih bersifat politik untuk melindungi semua pihak yang terkait dengan skandal 1MDB dengan beliau nampaknya sanggup membutakan mata dan hatinya terhadap semua fakta yang selama ini terbentang terang-terang di depan mata.
Lagi pula, kalau benar saman DOJ itu bersifat politik, kenapa bantahan secara rasmi terhadap Amerika Syarikat tidak segera dilakukan atau setidak-tidaknya memanggil Dutanya di Malaysia untuk menyuarakan bantahan?
Walaupun Apandi adalah Peguam Negara, tetapi lantikan beliau tidak diragui turut bersifat politik kerana ia berlaku secara tergesa-gesa dan mengejut hanya beberapa jam setelah Gani Patail dilucutkan jawatannya ketika mengetuai Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat berkaitan 1MDB.
Kalau bukan bermotif politik, apakah tujuan lain perlantikan beliau sebagai Peguam Negara secara tergesa-gesa dan mengejut itu?
Apakah yang boleh kita harapkan daripada beliau jika lantikannya sendiri daripada awal sudah bersifat politik?
Motif politik Apandi di sebalik kenyataannya itu juga terserlah dengan kononnya Jabatan Peguam Negara sedia memberi bantuan jika diminta oleh DOJ.
Dalam hal ini, apakah Apandi telah lupa bagaimana beliau telah menolak sebanyak dua kali permohonan Peguam Negara Switzerland untuk mendapatkan bantuan perundangan bersama atau MLA untuk menyiasat berhubung penyelewengan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana 1MDB?
Jika jujur untuk menegakkan keadilan dan takutkan Tuhan, kenapa permintaan Peguam Negara Switzerland itu ditolak mentah-mentah?
Kenapa sampai dua kali permohonan pun tetap ditolak juga?
Mengapa hanya setelah DOJ memfailkan saman, baru Apandi cuba bermurah hati kononnya sedia memberi kerjasama jika diminta?
Apakah tidak mungkin jika DOJ juga meminta bantuan untuk melengkapkan penyiasatan atau sebelum memfailkan saman, ia juga akhirnya akan ditolak sama seperti yang dialami oleh Peguam Negara Switzerland?
Jika Apandi dengan mudah menolak saman DOJ dan menyifatkannya bermotif politik, kenyataan beliau itu juga bersifat politik dan semata-mata bertujuan melindungi orang yang melantiknya melalui kuasa politik.

Lalu, apa lagi tugasnya kalau bukan, “You help me, I help you”?

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sPzrDb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?

Sekianlah artikel SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/siapa-apandi-ali-bukankah-beliau-juga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?"

Catat Ulasan

Loading...