Loading...

Singa yakin tumbangkan Tok Gajah

Loading...
Singa yakin tumbangkan Tok Gajah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Singa yakin tumbangkan Tok Gajah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Singa yakin tumbangkan Tok Gajah
link : Singa yakin tumbangkan Tok Gajah

Baca juga


Singa yakin tumbangkan Tok Gajah



ARKIB : 20/05/2006
Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED

KANGAR - Rekod tanpa kalah sepanjang tiga tahun beraksi dalam banyak perlawanan dengan pasukan Pahang, membuatkan Singa Utara berasa yakin dapat menjulang Piala FA ketika kedua-dua pasukan itu bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sambil berseloroh, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sudah mula mencongak dan meramalkan anak buahnya dapat menyumbat tiga gol kemenangan berbalas satu gol bagi pasukan Tok Gajah.

Menurutnya, Perlis akan bermain secara mati-matian memandangkan hanya Piala FA yang menjadi pertaruhan selepas gagal mengekalkan gelaran juara Liga Super dan meneruskan perjuangan dalam Piala AFC.

``Kita yakin Singa Utara akan menang dengan jaringan 3-1. Pasukan kita mempunyai kekuatan tersendiri memandangkan rekod tanpa kalah dalam banyak perlawanan ketika berhadapan dengan Pahang,'' katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan hormat delegasi Sukan Malaysia (Sukma) dari Kedah.

Delegasi tersebut dihadiri lima pegawai Sukma yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah, Othman Aziz.

Pada kunjungan tersebut, Othman menyampaikan piala kenang-kenangan di samping surat jemputan daripada kerajaan Kedah kepada Perlis untuk memeriahkan sambutan sukan berkenaan.

Ia merupakan siri kunjungan terakhir delegasi Sukma Kedah selepas membuat road tour kesemua kontinjen yang akan menyertai sukan itu nanti.

Shahidan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berkata, pihaknya meminta semua rakyat negeri ini supaya beramai-ramai memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai menyatakan sokongan terhadap pasukan bola sepak.

Selain memberikan sokongan, beliau turut menasihatkan para penyokong supaya menga-wal diri sendiri dan mengelak daripada bertindak di luar kawalan ketika berada di stadium terbabit.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kejohanan Sukma yang akan bermula 24 Mei ini, beliau menjelaskan bahawa setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diberi tanggungjawab untuk menghantar penyokong bagi sesuatu sukan.

Jelasnya, sebagai contoh, DUN Tambun Tulang akan menghantar penyokong bagi sukan badminton manakala DUN lain menyokong sukan-sukan lain.

Dalam pada itu, Othman menjelaskan bahawa Kedah telah bersedia untuk menerima kunjungan daripada kontinjen yang akan menyertai Sukma kali ini.

``Kita berharap semua pihak termasuk rakyat Perlis akan sama-sama memeriahkan Sukma di Kedah. Jangan risau, sesiapa yang ingin datang menonton sesuatu perlawanan tidak akan dikenakan bayaran tiket,'' katanya sambil menambah Kedah akur dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma XI yang menolak cadangan untuk menaikkan yuran penyertaan atlet daripada RM20 bagi setiap atlet kepada RM100.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2sd0DbL
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Singa yakin tumbangkan Tok Gajah

Sekianlah artikel Singa yakin tumbangkan Tok Gajah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Singa yakin tumbangkan Tok Gajah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/singa-yakin-tumbangkan-tok-gajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Singa yakin tumbangkan Tok Gajah"

Catat Ulasan

Loading...