Judul : Sisi Baik UPNM
link : Sisi Baik UPNM
Sisi Baik UPNM
Akhir-akhir ni banyak pula hinaan terhadap UPNM yg dikaitkan dengan pumbunuhan seorang pegawai kadet laut Zulfarhan oleh rakan-rakan beliau. Takziah buat keluarga arwah. Jadi aku, sebagai seorang bekas kadet darat UPNM nk cerita pengalaman sepanjang aku hidup di UPNM dari sudut baik dan positif. Masa interview kemasukan kadet UPNM dulu lebih seribu orang yg hadir utk temuduga, tapi 1st day saja tinggal separuh bakal kadet yg terpilih sebab ramai yg tak lepas ujian kesihatan, so dekat sini dah boleh nampak pentingnya kesihatan fizikal seseorang bakal kadet tu sebelum dipilih utk join UPNM as cadet officers. Tu tak termasuk lg dengan majority keputusan SPM rata-rata skor 7A, 8A, straight As yg sememangnya student yg bijak. Jadi kt sini boleh nampak kadet UPNM harus ada fizikal yg sihat dan otak yg cerdas serta memiliki jiwa yg besar sbb yg join kadet UPNM bukan calang-calang orangnya.
Sepanjang hidup kt UPNM as juniors ni memang dijaga oleh senior rank holders, dengan senior2 ni jgk la adik2 belajar cara nak jadi pegawai yg berdisiplin, cara nk iron baju ikut standard tentera, kilat kasut sampai nampak gigi, pakai perfume, jaga hygiene, pakaian smart, kalau korang tengok kadet UPNM mana ada pakai kemeja, t-shirt gelebeh2..semua fit to body, dan takde pun kadet yg obesity macam kes baru2 ni yg pegawai menyamar jadi leftenan kor risik tu. Kadet UPNM mesti ada GAYAkau jatuh terguling macam mana pun bila bangkit kena ada GAYA dan keyakinan.
Belajar kt UPNM ni sememangnya tough, bak kata pepatah bn Zulu; The difficult we do at once, the impossible takes a little longer. So,dekat sini la mental dan fizikal kau akan diuji sebab kadet bukan student ipta biasa, kadet kena belajar sampai habis degree,wajib GOT, dalam masa sama lulus ujian ketenteraan. Kadet UPNM biasanya nampak lebih matang dari segi penampilan dan fikiran, mana taknya, umur 18 dah kena lantik sebagai rank holders untuk pengurusan skod, yg bukan rankers pula kena fikir jaga skod sendiri tak boleh penting diri sendiri, sbb style tentera ada collective punishment, sorang buat salah semua kena, hal ini yg buat kadet2 sangat jaga skod sendiri, sbb tu ada system buddy, in case buddy membuta kat bilik tak turun baris, buddy sorang lg kena bertanggungjawab. Kalau nak layanan lemah lembut gemalai baik jgn apply kadet UPNM sbb produk UPNM ni nak hasilkan bakal pegawai tentera bukan penyanyi dangdut.
So, aku berani cakap bonding kadet UPNM ni lebih kuat sebenarnya especially dalam kalangan skod sendiri sbb biarpun kau datang dari course lain tp boleh kenal antara satu sama lain dan jadi rapat, budaya tegur menegur antara senior junior setiap kali jumpa memang dah jd tradisi, dan bab2 nak tinggalkn handphones, laptop, nak minta skod, junior, senior jagakan brg berharga biarpun tak rapat sgt tp takde masalah pun, bilik aku pun jarang berkunci kecuali cuti panjang. Tapi andai ada kehilangan biasanya tu keje org luar. Tapi tu bukan penyebab utk membunuh, gaduh dalam kalangan skod tu biasa, ibarat air yg dicincang takkan putus macam family, sbb skod tu la yg akan ada time susah senang kadet tersebut, tambah2 skod ladies, almaklumlah tenaga ladies tak mcm kaum adam, jd sbb tu kaum adam ni kena pastikan ladies ni takkan ketinggalan ke belakang (cth: time physical training). Satu skod ni ibarat keluarga yg tak sempurna tapi boleh sekepala. Berbalik kepada isu materialistik, andai barang hilang sekalipun apa nak hairan, duit masuk ribu2 setiap bulan untuk kadet, takde masalah bab duit, semua boleh beli yg baru..makan pakai yuran pengajian semua ditanggung kerajaan. Kadet ni cuma kena kerah tenaga dan akal je bg lepas pointer, selepas grad dan tauliah boleh ready berkhidmat utk negara, tak perlu susah2 cari kerja lepas habis belajar pun. Kurang2 yg keluar kadet ni at least dah boleh ada rm20k dalam tangan (kalau pandai berjimat, dan mahir dalam asb lg masyuk). Sbb tu awek2 luar berkenan dengan pakwe2 UPNM..dah la ada gaya, masyukkk pulak tu.. tak kurangnya awek UPNM jugak, sememangnya diajar behave like a ladies, but think like a man. (kelas grooming untuk ladies pun ada jugak tau, semua untuk penampilan diri).
Non-muslim kadet UPNM pun best, bahasa melayu dorang mmg fasih, boleh sekepala jugak, buddy bilik aku non-muslim, ada sekali tu aku dalam keadaan berwudhuk tunggu masuk waktu, dok bergurau dgn skod Chinese ni, biasa time gurau tak sah kalau tak bertepuk tampar, tp skod Chinese aku ni ckp dkt aku kalau aku sentuh dia boleh batal wudhuk aku, waktu tu aku baru tahu pasal tu, tu pun skod Chinese aku yg bagitahu. Dan dia takde pun nak rasa hina ke apa sbb mmg kami hormat menghormati sesama skod tak kisah psl background. Dan plg best kalau skod non-muslim Chinese/india/kristian yg pegi sembahyang kt luar UPNM, mesti tapaukan makanan yg sedap2 utk kami, pizza, mcd, kfc.. lagipun makanan jgk la yg boleh membahagiakan kami.
Hal kebajikan UPNM pun tak kurangnya, aku pernah cedera masuk hospital masa training kt akademi tentera darat, Port Dickson, selama 4 hari di hospital tak putus terima kunjungan dari pegawai dan staff ATD dan UPNM yg datang dari KL, family aku datang dari jauh 7 jam perjalanan sbb nak melawat aku, stay kt hotel yg makan masa setengah jam dari hospital, Mej Ain dari UPNM terus contact kem berdekatan dengan hosp minta sediakan penginapan buat family aku atas dasar kebajikan, Alhamdulillah aku syukur sgt2 dan berterima kasih pd Mej Ain UPNM dan mmg aku takkan lupa jasa beliau buat family aku.
Lagi satu, biarpun dah jd alumni UPNM, hubungan antara skod tak pernah terputus, andai aku pergi bercuti mana2 dalam negara, just make a phone call, skod aku ada boleh bg pinjam kereta, tumpang bilik mess, senang ajak lepak makan sama2, bila jumpa skod sendiri ni 7 hari bersembang pun tak puas. Aku ingat lagi buddy aku sorang ni time aku kahwin sanggup datang dari Sabah ke KL sbb nak jadi pengapit aku. Dangive and take tu amalan biasa dalam kalangan skod aku.
Akhir sekali, takde universiti yg sempurna selagi penuntutnya adalah manusia. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan disebabkan kejadian dera sampai mati tu masyarakat menghentam satu universiti. Life UPNM tak sama dengan U lain, nak tahu kena masuk sendiri baru boleh cakap. Manis dan pahit dalam perjalanan hidup tu biasa. Fikir sebelum cakap, andai takde benda baik nak cakap lebih baik berdiam, tak usah jadi keyboard warrior kalau takde keberanian dan kepandaian nak join UPNM. Salam dari ex-cadet army battalion tuah, UPNM.
kadet upnm
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDrCh7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sisi Baik UPNM
Anda sekarang membaca artikel Sisi Baik UPNM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/sisi-baik-upnm.html
0 Response to "Sisi Baik UPNM"
Catat Ulasan