Loading...

Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador

Loading...
Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador
link : Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador

Baca juga


Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador



ARKIB : 21/07/2006
KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia yang bakal menghadapi Sukan Asia Doha Disember ini, berpeluang mengasah kemampuan dan persediaan mereka dengan bintang bola sepak Piala Dunia Ecuador, Carlos Tenario.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu berpeluang melakukannya dalam Piala Antarabangsa Bandar Raya Petaling Jaya dari 8 hingga 14 Ogos ini di Stadium Petaling Jaya yang turut disertai tiga pasukan undangan.

Tenario menjaringkan dua gol dalam Piala Dunia di Jerman, baru-baru ini selain merupakan penyerang kelab Qatar, Al Sadd yang muncul kelab terbaik Teluk dengan memenangi 23 gelaran utama tempatan dan dibarisi beberapa pemain antarabangsa lain.

Dua golnya ketika menentang Poland dan Costa Rica dalam Kumpulan A membawa Ecuador menyertai Brazil dan Argentina sebagai tiga pasukan dari Amerika Selatan ke pusingan kedua Piala Dunia sebelum tewas kepada England 0-1.

Kelab milik Putera Qatar itu kini berada di Jerman bagi jelajah pramusim malah diperkuat dengan dua pemain dari Brazil, Felipe George yang pernah beraksi dengan kelab Galatasaray di Turki dan Marcio Emerson bagi Sao Paolo.

Piala Antarabangsa Bandar Raya yang bersempena majlis sambutan Petaling Jaya sebagai bandar raya, turut mengundang pasukan Liga Perdana, Shahzan Muda Pahang dan Liga Singapura, Balestiar Khalsa.

Ahli jawatankuasa penganjur kejohanan, Soon Mustapha Karim yang juga bekas pemain hoki kebangsaan berkata, Al Sadd turut membariskan lima pemain antarabangsa Qatar dan dua pemain kebangsaan Oman.

“Kejohanan ini membuka peluang peminat menonton aksi bertaraf antarabangsa Balestiar yang akan diwakili dua pemain Jepun, seorang dari Cameroon dan seorang lagi dari Nigeria,” katanya selepas mengumumkan kejohanan itu di sini, semalam.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2sh9UnU
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador

Sekianlah artikel Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/skuad-b-23-berpeluang-jumpa-ecuador.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad B-23 berpeluang jumpa Ecuador"

Catat Ulasan

Loading...