Loading...
Judul : Skuad B20 cemerlang
link : Skuad B20 cemerlang
Skuad B20 cemerlang
ARKIB : 09/05/2006
KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 20 kebangsaan mencatat kemenangan kedua dalam dua perlawanan mereka di England apabila menundukkan Stoke City 2-0 di Michellin Football Ground di Stoke, England, kelmarin.
Selepas menang 3-0 pada perlawanan pertama menentang Salford FA Khamis lepas, pasukan Malaysia kendalian jurulatih, K. Rajagopal memastikan kemenangan kedua itu menerusi gol jaringan penyerang, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak pada minit ke-83 dan Wan Mohd. Alif Wan Jasmi tiga minit kemudian.
Pasukan B20 Malaysia sedang dalam persiapan untuk menghadapi Kejohanan Bawah 20 AFC dan menjalani latihan serta perlawanan persahabatan di England selama 10 hari.
Dalam tempoh itu, mereka akan turut melawat Akademi Carrington iaitu pusat pembangunan belia bagi pasukan Manchester United.
Mereka juga dijadual menentang pasukan Akademi Manchester United esok
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2t8wP49
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Skuad B20 cemerlang
Sekianlah artikel Skuad B20 cemerlang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skuad B20 cemerlang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/skuad-b20-cemerlang.html
0 Response to "Skuad B20 cemerlang"
Catat Ulasan