Loading...

Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura

Loading...
Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura
link : Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura

Baca juga


Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura



ARKIB : 12/02/2006

Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD

PETALING JAYA - Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menghantar skuad Bawah 20 Tahun kebangsaan yang dibimbing oleh K. Rajagopal, menyertai Piala Singapura, April ini.

Pengerusinya, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, skuad berkenaan dijangka mengharungi antara dua hingga enam perlawanan pada kejohanan kalah mati yang mirip Piala FA itu bergantung kepada keputusan semasa.

``Penyertaan skuad ini merupakan sebahagian pelan persediaan ke Kejohanan Bawah 20 Tahun Asia di Kolkata, India pada Oktober hingga November depan,'' katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Skuad ini dijangka bersaing dengan kelab handalan Liga S seperti Angkatan Tentera Singapura (SAF), Geylang United, Tampines Rovers, Home United, Albirex Niigata dan Woodlands Wellington.

Sebagai pertukaran, skuad Bawah 23 Tahun Singapura atau digelar Yong Lions bimbingan Fandi Ahmad, menyertai Piala FA dengan menentang Shahzan Muda dalam pusingan pertama di Kuantan, hari ini.

Malaysia sudah tidak memiliki skuad Bawah 23 Tahun yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA, Disember lalu apabila kebanyakan pemain diserapkan ke skuad kebangsaan untuk menentang New Zealand pada 19 dan 23 Februari ini.

Menurut Redzuan, mulai minggu depan, anak didik Rajagopal ini juga akan memulakan persediaan menimba pendedahan antarabangsa dengan siri kunjungan ke India.

``Kunjungan selama 10 hari itu melibatkan tiga atau empat perlawanan dengan pasukan kelab,'' kata pengurus pasukan yang muncul naib juara Bawah 20 Tahun Asia Tenggara ini, tahun lalu.

Kelmarin, skuad ini tewas 2-4 kepada kelab Bahagian Satu Uzbekistan, FC Mash'al yang turut memiliki tiga pemain kebangsaan pada perlawanan persahabatan antarabangsa pertamanya di sini.

Selain itu, Bawah 20 Malaysia akan menyertai kejohanan undangan terpilih, Copa B.H. de Futebol di Minas Gerais, Belo Horizonte, Brazil pada 12 hingga 20 Julai ini.

Kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Minais Gerais ini bakal turut disertai oleh Corinthians, Sao Paolo, Flamengo, Fluminense, Santos, Gremio, Palmeiras, Cruzeiro, Botafogo dan Vasco de Gama.

Kata Redzuan, jawatankuasa turut mengatur dua siri kunjungan dan persahabatan di Bangkok, Thailand dan Eropah sebagai medan pendedahan skuad ini, beberapa bulan menjelang misi penting di Kolkata.

Pusingan akhir Kejohanan Bawah 20 Tahun Asia di Kolkata berlangsung dari 29 Oktober hingga 12 November ini yang melibatkan 15 lagi pasukan belia handalan seperti Jepun, Arab Saudi, China, Korea Selatan dan Iran.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2tdznvl
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura

Sekianlah artikel Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/skuad-negara-bawah-20-tahun-ke-piala.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Skuad negara bawah 20 tahun ke Piala Singapura"

Catat Ulasan

Loading...