Judul : Social Phobia Is Real
link : Social Phobia Is Real
Social Phobia Is Real
Assalamualaikum semua. Ni first time aku buat confession dekat sini.. yang aku boleh bagitahu tentang diri aku cuma aku perempuan and aku baru habis sekolah. Sekarang tengah belajar dekat kolej matrik.
Based on the tajuk mesti korang dah boleh agak apa yang aku cuba untuk sampaikan. Actually sebelum aku submit confession ni,aku ada baca kisah orang lain yang lebih kurang macam aku. So aku tak keseorangan la hehe. I was born naturally as an introvert. And I have social phobia disorder( SAD ).Memang susah la sebenarnya untuk aku terima benda ni. Yelah, dah lah introvert lepastu social phobia pulak tu.
Actually aku tak tahu macam mana aku boleh ada SAD ni. Tapi ada satu tu waktu aku darjah 4. Waktu tu ada exam and kena beli kertas omr. Tapi aku tak sempat beli so aku buat tak tahu je la and terus jawab exam tu. Bila nak hantar, aku sorang je yg tak ada kertas tu so aku kena marah teruk dengan cikgu sampai menangis. Ayat yang paling aku ingat bila cikgu tu cakap habistu kenapa buat bodoh je . Lepas kejadian tu aku memang malu gila la dengan classmate aku sampai the whole year aku duduk sorang je. Then next year baru aku boleh berkawan balik.
Yang make it worse bila aku pindah sekolah dengan rumah waktu darjah 5. Masa tu memang aku blur yang teramat, tak tahu nak approach orang macam mana sebab aku yang tunggu orang tegur aku. So it ended up aku jadi forever alone lagi.. memang down gila la. Rasa nak balik sekolah lama.
Masa darjah 6 sampai mid year form 2 tak ada masalah sangat. Aku ada kawan2. Tapi tak lama lepas tu tiba2 aku macam berubah sikit. Aku jadi makin distant dengan orang lain, jadi lagi pendiam,pemalu. Then dengan kawan2 pun jadi awkward gila sampai sekarang. Kecuali dengan yang betul2 aku rapat.
Yang paling sadis sekali tu bila ramai orang cuba approach aku tapi aku tak berjaya nak jadikan diorang sebagai kawan sebab aku memang awkward gila. Aku tak tahu la korang faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan ni TT . Aku ni jenis yang take time la untuk jadi selesa dengan someone ni depends on their personality too. Bukannya yang baru first time jumpa dah jadi best friend. Tapi once kalau aku betul2 suka and selesa dengan diorang memang aku jadi loud, outgoing, gila2 dengan diorang.
Tulah nak buat macam mana kan.. bagi aku negara kita ni memang extrovert type , not really introvert friendly hahahahso kita akan hadapi kesukaran sikit. Pasal SAD, aku rasa makin lama makin teruk la. Bila ada jer situation yang melibatkan crowd, mula lah seram sejuk, jantung laju luar biasa, sampai tahap nak pitam pun ada. Dahlah bila masuk kolej ni banyak kena introduce diri dekat orang ramai. Sebelum nak present dah rehearsal dalam kepala. Tapi bila nak present terus lupa sebab takut punya pasal.
Sekarang dah tiga minggu masuk kolej tapi aku tak jumpa lagi geng. Roomate okay je tapi sebab diorang dah ada geng masing2 daripada sekolah so diorang asyik lepas dengan geng diorang la. Lagipun aku masih awkward la dengan diorang.. diorang dah makin selesa dengan masing2 tapi aku masih krik2. Yang aku rasa terasing bila diorang dah boleh gila2 dengan masing2 tapi dengan aku diorang sangat sopan and formal. Macam mana eh nak cakap.. macam aku rasa yang diorang boleh je nak lebih kasual,gila2 dengan aku.. tulah.. aku masih kekok lagi tapi aku dah cuba sebaik mungin untuk merapatkan jurang antara kitaorang. It feels so hurt inside. Hanya Allah je yang faham. Kalau dengan roomate pun kekok, dengan classmate tak payah cakap la.. diorang dah dapat cari geng masing2 tapi aku masih lagi sorang2. Memang most of the time aku sorang2 la kat sana. Waktu tu still bulan puasa so hari2 aku buka kat bilik. Memang rasa sedih gila tapi nak buat macam mana kan.. bila ibu aku tanya okay ke tak, jumpa kawan tak, aku pun cakap la okay je ada je kawan.. tak payah risau.. serius aku taknak ibu aku risaukan aku walaupun apa yang aku cakap mostly tak betul. Aku tak okay, aku tak dapat cari kawan lagi.. aku nak balik..
Memang aku down gila la.. depress. kadang2 rasa tak semangat nak hidup pun ada.. tapi nak buat macam mana, aku kena teruskan. Aku anggap ni sebagai dugaan. Aku hari2 doa dekat Allah supaya dipermudahkan. Korang yang baca ni pun doakan la untuk aku eh.. Allah je yang dapat balas budi korang. Actually banyak lagi yang aku nak cerita tapi aku rasa ni dah terlebih panjang dah. Nanti aku update lagi next time. Mesti bosan yang baca ni hahah . Yang sudi baca sampai habis. Thanks so much . Kalau boleh bagi cadangan ke nasihat ke, amat dipersilakan. Kepada yang hadapi masalah yang sama macam ni, you are not alone tau. Orang macam kita ni memang wujud . Allah sentiasa ada dengan kita. Okay, Assalamualaikum
INFPs Girl
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saeaFM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Social Phobia Is Real
Anda sekarang membaca artikel Social Phobia Is Real dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/social-phobia-is-real.html
0 Response to "Social Phobia Is Real"
Catat Ulasan