Judul : SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap
link : SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap
SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeriksa sebanyak 4,861 kenderaan dalam Operasi Bersepadu Serkap (Ops Serkap) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara sejak 12 Jun lalu.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,445 pemeriksaan melibatkan kenderaan bas, teksi dan lori.
Menurutnya, sebanyak 154 bas, 37 teksi dan 102 lori telah melakukan pelbagai kesalahan antaranyamengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkanpenumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.
Kesalahan lain adalah tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang, membawamuatan berlebihan serta gagal mengemukakan permit, katanya pada sidang media di Pejabat SPAD Wilayah Selatan di sini, malam tadi.
Beliau kemudian melakukan pemantuan di Terminal Bas Larkin dan Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini.
Katanya, setakat malam tadi, tiada sebarang penahanan dibuat termasuk pemandu bas yang berada di bawah pengaruh dadah.
Ops Serkap, yang melibatkan 380 anggota penguat kuasa SPAD serta polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan, dijalankan sehingga 2 Julai ini.
– BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2teYj8v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap
Anda sekarang membaca artikel SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/spad-periksa-4861-kenderaan-sepanjang.html
0 Response to "SPAD Periksa 4,861 Kenderaan Sepanjang Ops Serkap"
Catat Ulasan