Loading...
Judul : Sulaiman Mahbob Bakal Di Umum "Gantikan" Isa Samad Terajui FGV
link : Sulaiman Mahbob Bakal Di Umum "Gantikan" Isa Samad Terajui FGV
Sulaiman Mahbob Bakal Di Umum "Gantikan" Isa Samad Terajui FGV
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang pernah berkhidmat di beberapa kementerian bakal menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, menurut akhbar New Straits Times (NST) yang memetik sumber.
Menurut NST, pengumuman mengenai pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob akan dibuat hari ini.
Ia di sebalik pelbagai tuduhan salah laku melibatkan syarikat itu, yang turut menyaksikan persengketaan terbuka Isa dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti sementara siasatan dijalankan.
Sulaiman mempunyai rekod perkhidmatan hampir 40 tahun, dan pernah mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Lulusan ekonomi dari Universiti Malaya pada 1971, Sulaiman menerima sarjana dari University of London sebelum dianugerahkan Ph.D di Syracuse University, New York pada 1986.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Setiausaha Kementerian Kewangan.
Beliau juga pernah menganggotai Lembaga Pengarah Petronas, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan (MIDA). #sumber
Demikianlah Artikel Sulaiman Mahbob Bakal Di Umum "Gantikan" Isa Samad Terajui FGV
Sekianlah artikel Sulaiman Mahbob Bakal Di Umum "Gantikan" Isa Samad Terajui FGV kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sulaiman Mahbob Bakal Di Umum "Gantikan" Isa Samad Terajui FGV dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/sulaiman-mahbob-bakal-di-umum-gantikan.html
0 Response to "Sulaiman Mahbob Bakal Di Umum "Gantikan" Isa Samad Terajui FGV"
Catat Ulasan