Loading...
Judul : SUPP Memerlukan Lebih Ramai 'Darah Muda'
link : SUPP Memerlukan Lebih Ramai 'Darah Muda'
SUPP Memerlukan Lebih Ramai 'Darah Muda'
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian menggesa belia untuk menyertai parti tersebut.
“Kita perlu mempunyai lebih ramai ‘darah muda’ menyertai SUPP. Kelangsungan SUPP bergantung kepada jumlah ahli muda,” katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, menurut Dr Sim, hanya 12 peratus daripada 111,737 ahli SUPP di seluruh Sarawak berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 45 peratus daripada jumlah keseluruhan itu adalah wanita dan 33 peratus (daripada 111,737) merupakan Bumiputera.
Tambahnya, 2,845 daripada jumlah keseluruhan ahli SUPP adalah India, Serani dan kumpulan etnik lain.
“Terdapat banyak platform dan peluang untuk orang muda dan dengan lebih ramai ahli muda, kita boleh terus berjuang untuk Sarawak,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menggesa belia Sarawak menyertai SUPP untuk membolehkan parti tersebut membentuk lebih ramai pemimpin berkualiti seperti pengasas parti mendiang Tan Sri Datuk Amar Ong Kee Hui dan mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Yong.
“Adalah penting parti membentuk pemimpin-pemimpin muda berkualiti untuk membantu mengembalikan hari-hari gemilang SUPP sehingga menjadikan parti itu amat disegani.
“SUPP ditubuhkan 58 tahun lalu iaitu 4 Jun 1959 di Sibu…SUPP tidak hanya parti politik dari Sarawak tetapi merupakan parti tertua di Sarawak,” ujarnya.
Dr Sim turut memaklumkan rakyat Sarawak telah memberi peluang kepada parti tersebut semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 apabila SUPP memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“SUPP amat menghargai sokongan itu dan berharap rakyat Sarawak akan terus berdiri teguh di belakang SUPP supaya parti bertambah kuat dan mempunyai ramai wakil rakyat daripada parti berkenaan,” tambahnya. – Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFJw2Y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel SUPP Memerlukan Lebih Ramai 'Darah Muda'
Sekianlah artikel SUPP Memerlukan Lebih Ramai 'Darah Muda' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SUPP Memerlukan Lebih Ramai 'Darah Muda' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/supp-memerlukan-lebih-ramai-darah-muda.html
0 Response to "SUPP Memerlukan Lebih Ramai 'Darah Muda'"
Catat Ulasan