Loading...

S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib

Loading...
S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib
link : S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib

Baca juga


S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib

MALAYSIAKINI


Laman web Sarawak Report hari ini mendakwa seorang peguam kanan terkenal menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan, laman web itu berkata, bahawa bayaran itu dibuat melalui akaun bank milik perdana menteri, yang menerima dana daripada syarikat milik negara, SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Ia berkata nombor akaun bank itu adalah sama yang dipaparkan dalam dokumen yang dipegang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali apabila beliau ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah-laku dalam kes SRC International pada Januari tahun lalu.

SRC International adalah penerima pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Sarawak Report mendakwa bayaran kepada peguam kanan itu, yang sering terlibat dalam kes berprofil tinggi, dibuat melalui dua peringkat.

Bayaran pertama sebanyak RM4.3 juta didakwa dipindahkan pada 11 Sep 2013 dan ini diikuti dengan bayaran RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan. Portal berita ini juga telah menghubungi peguam kanan itu untuk mendapatkan ulasannya dan namanya tidak disiarkan sementara menunggu jawapannya.

Malaysiakini juga telah menghubungi setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad mengenai perkara itu.



Demikianlah Artikel S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib

Sekianlah artikel S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/swak-report-dakwa-peguam-kanan-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib"

Catat Ulasan

Loading...