Loading...
Judul : Syarikat Malaysia sasar lebih banyak kontrak bina jalan di Qatar
link : Syarikat Malaysia sasar lebih banyak kontrak bina jalan di Qatar
Syarikat Malaysia sasar lebih banyak kontrak bina jalan di Qatar
| Foto: FMT |
SHAH ALAM: Muhibbah Engineering (M) Bhd terbuka terhadap kemungkinan memperoleh kontrak tambahan bagi projek infrastrukur dan pembinaan jalan di Zon Ekonomi Um Alhoul di Qatar selepas berjaya mendapat sebahagiannya pada Januari tahun ini.
Pengarah Urusannya Mac Ngan Boon berkata syarikat tidak menetapkan sebarang sasaran.
Bagaimanapun beliau berkata komunikasi terbuka antara syarikat dan kerajaan Qatar memandangkan pihak Qatar menyukai kerja-kerja pembinaan jalan dan infrastruktur yang sedang dilaksanakan syarikat.
“Mereka mencadangkan beberapa bahagian kerja-kerja Zon Ekonomi itu dapat kami laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.
Syarikat meraih kontrak kerajaan Qatar bernilai RM438.1 juta bagi kerja-kerja di Zon Ekonomi Um Alhoul bagi Fasa 2.1 (Bahagian 2A, Kluster Marin) untuk Economic Zones Company of Qatar (Manateq).
Beliau berkata kerja pembinaan bagi projek tersebut pada peringkat awal dengan 20% daripadanya siap.
Keseluruhan projek dijadualkan siap pada suku kedua 2018, katanya.
Manateq, pengendali dan pemaju utama zon ekonomi khusus, taman logistik dan taman pergudangan di Qatar, ditubuhkan oleh Menteri Perniagaan dan Perdagangan Qatar dan dimiliki oleh Kerajaan Qatar.
Mac berkata nilai kontrak dalam tangan syarikat kini berjumlah RM2.3 bilion dan kontrak di Qatar itu merupakan 30% daripadanya, dan menambah yang Muhibbah Engineering juga meninjau projek-projek bernilai RM4 bilion di seluruh dunia.
“Nilai tender sebanyak RM4 bilion diperoleh daripada pelbagai projek dalam dan luar sektor minyak dan gas,” katanya dan menambah yang syarikat juga berhasrat membida projek-projek MRT dan Transit Aliran Ringan 3. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rX8yP0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Syarikat Malaysia sasar lebih banyak kontrak bina jalan di Qatar
Sekianlah artikel Syarikat Malaysia sasar lebih banyak kontrak bina jalan di Qatar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syarikat Malaysia sasar lebih banyak kontrak bina jalan di Qatar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/syarikat-malaysia-sasar-lebih-banyak.html
0 Response to "Syarikat Malaysia sasar lebih banyak kontrak bina jalan di Qatar"
Catat Ulasan