Loading...
Judul : Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD
link : Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD
Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berasa terkejut dengan pelantikan Tan Sri Isa Samad untuk menggantikan tempat beliau.
Syed Hamid ketika dihubungi Sinchew Daily berkata, seperti dengan banyak orang lain, beliau berasa terkejut dengan pelantikan Isa yang baru sahaja meninggalkan Felda Global Ventures Holdings Berhad.
Syed Hamid juga bimbang kerajaan akan terjerumus ke dalam kontroversi baharu dengan pelantikan Isa sebagai Pengerusi SPAD.
Beliau bagaimanapun mempercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pertimbangan sewajarnya mengenai pelbagai faktor termasuk reaksi orang ramai sebelum melantik Isa sebagai Pengerusi SPAD.
“Perdana Menteri seorang pemimpin berpengalaman yang aktif dalam politik selama 40 tahun, jadi beliau semestinya sudah membuat pertimbangan dan berpendapat Isa merupakan calon yang sesuai,” katanya.
Syed Hamid juga mengharapkan yang terbaik buat kerajaan dan juga Isa.
“Ini bukannya benda yang boleh saya beri ulasan kerana ia merupakan kuasa Perdana Menteri.
“Beliau tidak perlu berunding dengan mana-mana menteri, saya sendiri merupakan orang yang dilantik Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi SPAD,” katanya.
Menurut Syed Hamid lagi, Perdana Menteri bagaimanapun perlu memberi jawapan jika berlaku kontroversi mengenai pelantikan Isa seperti mana Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjawab mengenai isu keluarganya yang mencuri tumpuan.
Walaupun meminta supaya tidak mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Syed Hamid bagaimanapun berpendapat pelantikan yang mengambil tempat adalah “perkara malang” buat Najib dan Isa kerana ia akan memulakan banyak kontroversi.
“Saya bersimpati dengan Isa kerana orang akan mengajukan pelbagai persoaan apabila beliau memulakan tugas nanti,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXpRdW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD
Sekianlah artikel Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/syed-hamid-albar-terkejut-dengan.html
0 Response to "Syed Hamid Albar Terkejut Dengan Pelantikan Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD"
Catat Ulasan