Judul : Syurga Yang Ku Dambakan
link : Syurga Yang Ku Dambakan
Syurga Yang Ku Dambakan
Assalamualaikum follower iiumc. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah aku. Aku mulakan cerita dengan sedikit info mengenai diriku. Aku seorg isteri kpd suamiku, ibu kpd anak2ku dan juga anak kepada kedua ibu bapaku. Aku anak sulung drpd 3 org adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh sederhana. Suami org biasa, bapaku org yg agak dikagumi dan dikenali, ibuku seorg suri rumah setelah disahkan menghidap kanser stage 4.
Kisahku bermula, bilamana, ibuku disahkan menghidap kanser. Kini, doktor sahkan tiada lagi ubat yg dapat mengubati penyakit ibuku. Untuk makluman, ibuku sangat bertuah kerana mendapat rawatan yg tersangatlah canggih tanpa mengeluarkan sesen pun duit simpanan kami semua. Syukur padamu ya Allah kerana mengurniakan kemudahan ini pd kami. Baiklah, aku pendekkan cerita, sebaik sahaja ibuku disahkan menghidap kanser, satu persatu dugaan datang. Seorang demi seorang memunculkan diri meminta supaya ibuku menjelaskan hutang. Disebabkan bapaku selalu sibuk dengan kerjayanya, bapaku tidak dapat menghidu setiap perbuatan ibuku. Bapaku meletakkan 100% kepercayaan terhadap ibuku. Hutang ibuku? Bukan sikit. Tetapi berpuluh puluh ribu. Setakat itu yang kami tahu. Boleh jadi, hutang ibuku mencecah ratusan ribu. Macam mana hutang boleh menccecah sebanyak itu? Kami pun tidak tahu. Kami tiada jawapan sehingga hari ini. Gigih bapaku mencari wang untuk menjelaskan hutang ibuku. Akan tetapi, semakin bapaku membantu, semakin banyak hutang2 ibuku yg dapat kami kesan. Berbincang? Bukan kami tak berbincang, tapi, setiap kali soalan mengenai hutang diajukan, ibuku pasti akan melenting. Akhirnya, tiada jawapan yang kami dapat dr ibu. Apa yg kami tahu, ibu gemar bershopping dan berjalan2. Tapi bila difikirkan, macam tak logik ibuku berhutang sehingga puluhan ribu. Ya Allah, kami berserah kepadamu ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami. Ampunilah segala dosa2 ibuku!
Kami lalui hari hari yang mendatang dengan penuh tenang walaupun dugaan datang bertimpa timpa. Tipulah kalau aku sebagai anak tidak risau tentang perkara ini. Kini, aku merasakan, memikul tanggungjawab sebagai anak lebih sukar berbanding memikul tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Aku bersyukur kerana dijodohkan dengar suami yang sangat memahami. Suamiku tidak putus putus memberi semangat kepadaku. Suamiku sentiasa menasihati ku supya berbuat baik kepada ibuku sementara ibuku masih ada. Tapi, hati aku sangat gusar. Perasaanku bercampur baur. Mana mungkin aku dapat tenang dengan keadaan ibuku sekarang. Kadang2, aku tidak berniat untuk derhaka pada ibuku. Aku cuma ingin menasihati dan mengingatkan beliau tentang hutang itu. Walaupun cara aku agak kasar, aku taknak ibuku diseksa disana nanti. Nasihatku dan ingatanku sering disalah tafsir oleh ibuku. Atau mungkin, ibuku berasa selesa kerana adikku yang bongsu bakal bergelar hafiz tidak lama lagi. Mungkin ibuku berfikiran, walaupun beliau berhutang, adikku akan menyelamatkan beliau disana nanti. Ya Allah, ampunilah segala dosa dosaku ya Allah! Aku tak kuat walaupun zahirnya aku kelihatan tenang.
Nasihatku buat teman teman sekalian, jika kalian berumahtangga, pastikan tiada rahsia diantara kalian suami isteri. Para suami mahupun isteri, ambil berat terhadap pasangan masing2. Jangan pentingkan diri sendiri. Banyakkan perbincangan dua hala. Jangan terlalu sibuk dan asyik mengejar duniawi. Hidup bersederhana sahaja. Tidak perlu berbelanja mengikut nafsu sehingga terjebak ke kancah hutang.
Ku mohon, teman teman sekalian, mohon doakan agar kesihatan ibuku beransur pulih dan doakan supaya pintu hati ibuku dibuka sebelum Beliau menemui Allah. Allahumma amin
Puan A
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFwSn4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Syurga Yang Ku Dambakan
Anda sekarang membaca artikel Syurga Yang Ku Dambakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/syurga-yang-ku-dambakan.html
0 Response to "Syurga Yang Ku Dambakan"
Catat Ulasan