Judul : Tak Sangka Diana Danielle Pun Boleh Macam Ini Bila Balik Kampung Tiap Kali Beraya, Nasiblah...
link : Tak Sangka Diana Danielle Pun Boleh Macam Ini Bila Balik Kampung Tiap Kali Beraya, Nasiblah...
Tak Sangka Diana Danielle Pun Boleh Macam Ini Bila Balik Kampung Tiap Kali Beraya, Nasiblah...
Tak Sangka Diana Danielle Pun Boleh Macam Ini Bila Balik Kampung Tiap Kali Beraya, Nasiblah...
Apabila bercerita mengenai hari raya, kisah balik kampunglah yang paling seronok untuk diceritakan. Bagaimana seronok dan meriahnya apabila berada di kalangan sanak-saudara dan dapat berkumpul bersama-sama di hari yang mulia. Biarpun lebaran yang tiba disambut dengan penuh sederhana dalam keluarga pelakon terkenal, Diana Danielle dan Farid Kamil, tetapi memori indah sentiasa tersemat di hati dan ingatan pasangan suami isteri cantik dan kacak ini.
“Saya bersemangat untuk sambut raya. Bagi saya setelah bersusah payah membuat persiapan, jadi kitalah yang paling seronok untuk beraya. Bagi Farid pula, dia ada tradisi keluarga yang akan balik ke Kedah pada hari raya pertama. Selepas itu kami akan pergi ke Masjid Al-Bukhari di Kedah.
Farid memang teruja untuk sembahyang raya di tempat yang sama. Kemudian ambil gambar di tempat yang sama setiap tahun. Selepas itu kami akan tengok perbezaan anak-anak dari kecil sehingga besar. Itu yang paling seronok bagi Farid.”
Balik kampung juga membuatkan anak-anak berasa seronok. Ini kerana menurut Diana, rumah mentuanya adalah rumah utama untuk menyambut hari raya.
“Saya dan Farid masing-masing tidak ada lagi datuk dan nenek. Rumah emak Farid menjadi tempat semua orang berkumpul. Jadi terasa balik seperti zaman kecil ketika saya balik ke Perak dan berkumpul di rumah datuk. Masih terasa suasana yang sama apabila berada di rumah emak Farid. Masih meriah. Setiap kali raya memang sudah pasti khemah akan didirikan di hadapan rumah kerana ramai tetamu datang berkunjung. Ditambah pula kami sudah agak jarang balik ke Perak. Kami akan ke Perak hanya setelah balik dari Kedah.”
Salah satu situasi yang tidak dapat lari apabila balik kampung adalah berebut bilik. Ini diakui oleh Diana.
“Dahulu hanya kami sahaja yang kahwin. Sekarang ini semua adik-beradik Farid sudah kahwin. Jadi bila masuk tahun kelima ini, semua ada keluarga masing-masing. Disebabkan saya dan Farid tidak sampai awal, kami perlu mengalah dan perlu mencari tempat lain. Tidak kisahlah kerana homestay yang kami duduk agak dekat dengan rumah mentua. Boleh berjalan sahaja ke sana,” ujarnya.
Satu lagi tradisi keluarga Diana dan Farid adalah akan bercuti di Langkawi setiap kali balik ke Kedah. Mereka akan menghabiskan cuti selama dua atau tiga hari dan selepas itu barulah mereka kembali semula ke ibu kota Kuala Lumpur.
Bercerita mengenai persiapan raya pula, Diana bertuah kerana keputusan untuk memulakan perniagaan baju raya kanak-kanak sangat berbaloi kerana dia tidak perlu fikir lagi baju raya anak-anak.
“Saya terus ambil sahaja daripada koleksi kami sendiri. Pada tahun ini saya menjadi duta Kree dan memperagakan baju mereka. Secara automatik koleksi baju-baju raya mereka adalah baju raya saya juga. Jadi saya tidak perlu keluarkan duit dan tidak perlu berbelanja sangat. Cuma baju raya Farid sahaja yang agak bermasalah untuk dicari. Nasib baik Farid tidak cerewet. Apabila saya sudah dapat tema untuk keluarga pada tahun itu, dia terus setuju,” cerita Diana mengenai persiapan hari rayanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ub7MdW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tak Sangka Diana Danielle Pun Boleh Macam Ini Bila Balik Kampung Tiap Kali Beraya, Nasiblah...
Anda sekarang membaca artikel Tak Sangka Diana Danielle Pun Boleh Macam Ini Bila Balik Kampung Tiap Kali Beraya, Nasiblah... dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/tak-sangka-diana-danielle-pun-boleh.html
0 Response to "Tak Sangka Diana Danielle Pun Boleh Macam Ini Bila Balik Kampung Tiap Kali Beraya, Nasiblah..."
Catat Ulasan