Loading...

Taktik kasar Indonesia ikat kita

Loading...
Taktik kasar Indonesia ikat kita - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taktik kasar Indonesia ikat kita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taktik kasar Indonesia ikat kita
link : Taktik kasar Indonesia ikat kita

Baca juga


Taktik kasar Indonesia ikat kita



ARKIB : 11/08/2005
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
 
KUALA LUMPUR - Malaysia sepatutnya mencapai kemenangan jika bukan kerana taktik kasar pemain Indonesia dalam perlawanan bola sepak Kejohanan Bawah 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak yang berkesudahan seri 3-3, kelmarin.

Kerana cukup terdesak untuk memburu tiga mata dalam usaha menghampiri separuh akhir, tuan rumah juga sengaja menggunakan taktik itu dengan harapan skuad belia negara kehilangan tumpuan dan terjejas rentak sebenar permainannya.

Ketua jurulatih Malaysia, K. Rajagopal berkata, anak buahnya masih boleh menerima keputusan di Stadium Jakabaring, Palembang, Sumatera itu asalkan lawan bermain mengikut peraturan dan bukannya semata-mata mahu mengasari pemain negara.

``Saya akui bangkit daripada ketinggalan tiga kali itu satu keputusan yang wajar dan memang sukar dicapai apatah lagi bermain di gelanggang lawan tetapi kita sebenarnya boleh memenangi perlawanan ini kalau mereka tidak sekasar itu.

``Indonesia mungkin gentar apabila melihat kita membenam Thailand 3-1 lalu mereka menggunakan corak kasar dan mengasari pemain sedangkan permainan kita jauh lebih tersusun,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Rajagopal, terdapat dua situasi permainan kasar oleh tuan rumah yang jelas pada pandangannya sekali gus wajar menghadiahkan pemain mereka dengan kad merah tetapi tidak diendahkan langsung oleh pengadil.

Gol-gol Malaysia diperoleh menerusi Zaquan Adha Abdul Razak (minit kelapan dan 46) serta ketua pasukan, Mohd. Nashriq Baharum pada waktu kecederaan selepas bangkit daripada jaringan Gerry Setia Adhi Nugraha dan Imanuel Wanggai (minit pertama, 37 dan 55).

Bagaimanapun Malaysia yang kini menduduki tangga ketiga Kumpulan A selepas dua perlawanan, memerlukan empat mata lagi untuk mara ke separuh akhir apabila menghadapi Myanmar, hari ini dan Brunei, Sabtu ini.

Tuan rumah pula menghadapi situasi hidup mati untuk menewaskan Myanmar, esok yang melonjak ke tangga teratas setelah mengejutkan Thailand 1-0 dalam satu lagi perlawanan kelmarin hasil jaringan Sin Thu Sin pada minit ke-85.

Rajagopal turut mengalungkan pujian atas komitmen anak buahnya yang tidak kenal erti penat atau kalah kerana berjuang sehingga ke wisel penamat sekalipun tiga kali ketinggalan dan melakukan kesilapan melepaskan dua gol yang mudah.

``Dua gol itu boleh dielakkan tetapi mungkin kerana sedikit salah faham antara barisan pertahanan dengan penjaga gol Amini Ahmad Tabarani, kita dibolosi terlalu awal,'' kata bekas jurulatih sementara skuad negara, Selangor dan Kelantan ini.

Biarpun seluruh kesebelasan berhak menerima pujian, Rajagopal turut mengiktiraf gandingan bersaudara, Aidil Zafuan Abdul Razak dan penjaring dua gol, Zaquan Adha sebagai yang paling layak digelar Pemain Terbaik kelmarin.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2rMuYSH
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Taktik kasar Indonesia ikat kita

Sekianlah artikel Taktik kasar Indonesia ikat kita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taktik kasar Indonesia ikat kita dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/taktik-kasar-indonesia-ikat-kita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Taktik kasar Indonesia ikat kita"

Catat Ulasan

Loading...