Judul : Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal
link : Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal
Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal
Program Jom Isi Minyak Motor Raya Cikgu Razif Belanja selama dua jam itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada anak tempatan sempena menyambut Syawal esok.
Ia dianjurkan buat julung kalinya atas atas inisiatif Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan melibatkan kos keseluruhan RM7,500 dengan setiap penunggang menikmati minyak percuma bernilai RM5.
Pengerusi penyelaras itu, Nik Mohd Faridzal Nik Jaafar berkata bagi menjayakan program isi minyak percuma itu, beberapa ahli jawatankuasa penyelaras pergerakan Pemuda UMNO berkenaan ditugaskan di situ melibatkan tiga hingga empat pam minyak."Ini merupakan program julung kali kita adakan untuk bantu orang ramai khususnya penunggang motosikal mengisi minyak secara percuma. Kita akan jadikan program ini sebagai tradisi setiap kali menjelang perayaan pada tahun-tahun akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya pada sebelah pagi tadi, Menteri Besar turut menyempurnakan program Gunting Rambut Raya Cikgu Razif Belanja melibatkan 27 tukang gunting di sekitar DUN Seberang Takir.
Jelas beliau, program itu turut mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 10,000 orang dari golongan kanak-kanak hingga dewasa memanfaatkan peluang menggunting rambut secara percuma itu melibatkan 15 buah kedai.
"Setiap tukang gunting dikehendaki menggunting rambut 20 orang, setiap tukang gunting dibayar RM200 untuk kendalikan 20 pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4Hu0f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal
Anda sekarang membaca artikel Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/terengganu-sumbang-petrol-percuma.html
0 Response to "Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal"
Catat Ulasan