Judul : Terima Kasih PM, Aidilfitri Istimewa Buat Sofea Qaisara
link : Terima Kasih PM, Aidilfitri Istimewa Buat Sofea Qaisara
Terima Kasih PM, Aidilfitri Istimewa Buat Sofea Qaisara
PUTRAJAYA – Perkara pertama apabila melihat wajah pemimpin yang disayangi itu, Sofea Qaisara Syafiq Khuzairil terus menjulurkan tangannya untuk minta didukung oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis rumah terbuka Aidilfiitri di Seri Perdana di sini pada 1 Syawal.
Tangan kecil kanak-kanak berusia lima tahun itu, yang menghidap Sindrom Dandy-Walker (DWS) iaitu masalah penglihatan, cacat fizikal dan pembelajaran, terus disambut oleh Najib dengan senyuman, sekali gus bibir kanak-kanak itu mula mengukir senyuman lebar.
Kemesraan antara si cilik dan perdana menteri itu terus mencuitkan hati semua hadirin apabila melihat perasaan gembira dan teruja jelas terpancar pada wajah Sofea Qaisara.
Sofea Qaisara bersama ibunya, Ummikhalthom Ayub, 37, dan kakanya Sofea Qalisya, 7, telah dijemputkhas oleh Najib untuk menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan JemaahMenteri di sini, Ahad lepas.
Sambutan Aidilfitri tahun ini buat tiga beranak itu amat istimewa dan bermakna apabila merekamenerima ‘hadiah’ dalam bentuk sebuah kediaman baharu yang lebih selesa daripada perdana menteri.
Tanggal 22 Jun, tarikh yang sukar dilupakan Ummikhalthom apabila Najib sendiri membuat ‘kejutan’ denganmenghadiahkan seunit pangsapuri dilengkapkan perabot kepadanya di Pangsapuri Putra Damai di Presint 11 di sini.
“Sehingga hari ini saya masih tidak percaya apa yang berlaku pada hari itu (22 Jun)…tidak pernah terlintasdalam fikiran saya bahawa perdana menteri akan menghadiahkan unit kediaman kepada kami tiga anak-beranak,”kata Ummikalthom kepada Bernama.
“Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada perdana menteri. Beliau seorang pemimpin yang prihatin dan berhati mulia. Beliau turun padang dan mengambil tahu masalah rakyat.
“Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat istimewa dan bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih PM,” kataUmmikalthom yang kini bekerja sebagai pembantu operasi di myFarm Outlet di sini.
Kediaman tiga bilik seluas 700 meter persegi itu dilengkapkan dengan perabot dan kelengkapanseperti sofa, televisyen, mesin basuh, peti ais dan kelengkapan dapur. Selain perabot, rumah baharu mereka jugaterdapat bilik mainan yang dihias khas untuk Sofea Qaisara dan kakaknya.
“Adik (Sofea Qaisara) sangat suka bilik itu,” katanya.
Selain hadiah istimewa itu, Najib meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuansebanyak RM300 sebulan dan bekalan lampin setahun kepada Sofea Qaisara.
– BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLDBvX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Terima Kasih PM, Aidilfitri Istimewa Buat Sofea Qaisara
Anda sekarang membaca artikel Terima Kasih PM, Aidilfitri Istimewa Buat Sofea Qaisara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/terima-kasih-pm-aidilfitri-istimewa.html
0 Response to "Terima Kasih PM, Aidilfitri Istimewa Buat Sofea Qaisara"
Catat Ulasan