Judul : Tiap-tiap tahun asyik balik raya kampung awak je!
link : Tiap-tiap tahun asyik balik raya kampung awak je!
Tiap-tiap tahun asyik balik raya kampung awak je!
KADANG-KADANG anak-anak ni biasanya terlupa dan leka, biasalah bila sudah berkerja dan berkeluarga sendiri nak tak nak kita akan lebihkan keluarga sebelah isteri, kita cuba sedaya baik untuk penuhkan permintaan, lemah kita ni dengan pujukan si isteri , ikutkan sahaja permintaan agar tidak berperang di hari yang mulia ini.
Bukan tak ingatkan keluarga sendiri tapi saya rasa mereka akan faham dengan kekangan yang ada, saya selalu berharapkan adik-beradik yang lain akan pulang ke sisi mak dan ayah di kampung.
Setiap tahun jugalah saya akan hubungi Mak dan Ayah di kampung agar mereka tahu rasa sayang saya ,walaupun keinginan mereka sebenarnya nak sangat melihat anak-anak yang dah besar panjang ini di depan mata pada Syawal pertama. Bila ditanya, balik tak raya ini?
Kita pasti akan kelu seribu bahasa, nak cakap tidak tak sampai hati pula.
Saya tahu setiap tahun mereka akan pastikan rumah kampung yang usang bercahaya girang dengan lampu pelita, lauk pauk dan kuih raya kegemaran kita.
Namun, semasa saya bersiap sedia untuk pulang ke kampung bertemu Mak dan Ayah untuk Syawal kali ini, saya dikejutkan dengan panggilan jiran, Makcik Leha yang memberitahu Mak dan Ayah telah pergi selama-lamanya ketika mereka sedang tidur.
Dunia bagaikan gelap gelita mendengar khabaran ini. Kepulangan saya ke kampung tidak lagi di sambut dengan wajah gembira Mak dan Ayah yang sekian lama menunggu, tetapi dengan bau kapur barus.
Makcik Leha memberitahu saya yang setiap raya, Mak dan Ayah akan bersiap-siap menunggu anak-anak mereka pulang, namun setiap tahun jugalah mereka terus menunggu di sisi tangga.
Kenapa Khalil dah lama tak balik beraya di kampung? Pertanyaan Makcik Leha yang tiada jawapan sehingga kini.
Saya harapkan kisah saya akan menjadi tauladan kepada yang lain. Selagi Mereka Masih Bernyawa, Zahirkanlah Rasa Cinta kita.
Berikut adalah luahan pembaca Sinar Harian yang hanya mahu dikenali sebagai Khalil.
Dari kisah benar Khalil ini dijadikan inspirasi untuk video raya Mydin Mohamed Holdings Berhad, 3 Lauk 3 Kuih .
Sumber: Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHUwhg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tiap-tiap tahun asyik balik raya kampung awak je!
Anda sekarang membaca artikel Tiap-tiap tahun asyik balik raya kampung awak je! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/tiap-tiap-tahun-asyik-balik-raya.html
0 Response to "Tiap-tiap tahun asyik balik raya kampung awak je!"
Catat Ulasan