Judul : Tindakan Ke Atas Qatar Mengejutkan – Menteri Luar
link : Tindakan Ke Atas Qatar Mengejutkan – Menteri Luar
Tindakan Ke Atas Qatar Mengejutkan – Menteri Luar
DOHA – Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani terkejut dengan tindakan terbaru dikenakan ke atas Qatar oleh tiga negara Arab, seolah cuba mewujudkan sekatan terhadap rakyat dan negara serta beranggapan ia umpama satu hukuman secara kolektif, lapor agensi berita Qatar ( QNA).
Dalam temu bual dengan BBC pada Selasa, beliau tertanya-tanya mengapa negara berkenaan percaya Qatar menyebelahi Iran.
Tambahnya semua pihak terlibat inginkan hubungan positif dengan Iran dan tidak mahu mewujudkan ketegangan dengan mana-mana pihak serta menyelesaikan pertikaian melalui dialog selaras dengan prinsip diterima pakai Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Menteri Luar itu berkata, menerusi pertemuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, kedua-dua pemimpin ada membincangkan mengenai dakwaan Qatar membiayai aktiviti keganasan.
“Kami memberitahu kepada beliau (Presiden AS) dengan jelas, jika terdapat sebarang dakwaan ia perlu dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian,” kata Sheikh Mohammed.
Tambahnya, pihak Qatar memberi jaminan kepada Trump dakwaan itu berdasarkan laporan media semata-mata.
Beliau berkata tiada sebarang bukti menunjukkan Qatar menyokong gerakan radikal Islam dan agensi rasmi kerajaan AS sebaliknya memuji usaha Qatar dalam memerangi keganasan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAcO57
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tindakan Ke Atas Qatar Mengejutkan – Menteri Luar
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Ke Atas Qatar Mengejutkan – Menteri Luar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/tindakan-ke-atas-qatar-mengejutkan.html
0 Response to "Tindakan Ke Atas Qatar Mengejutkan – Menteri Luar"
Catat Ulasan