Judul : Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237
link : Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237
Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237
Dalam satu kemas kini status di akaun Facebook, beliau menyifatkan krew penerbangan, diketuai Kapten Ibrahim, telah melakukan tugas yang cemerlang apabila berjaya membawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.
Status berkenaan mungkin ada kaitan dengan kritikan yang diterima syarikat penerbangan itu susulan insiden berkenaan.
Kata Fernandes, sebahagian media melemparkan tuduhan yang tidak berasas hanya kerana AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah, sehingga melupakan jasa besar krew penerbangan."Apabila sebuah pesawat mengalami kegagalan enjin, tindakan bijak daripada juruterbang dan krew diperlukan. Saya bangga dengan mereka," tulis Fernandes.
Beliau juga memaklumkan, daripada maklum balas yang diterima, pengumuman yang dibuat oleh kapten juga membantu menenangkan penumpang.
Dalam kejadian Ahad lalu, pesawat yang dalam perjalanan dari Perth ke Kuala Lumpur, bergegar dengan kuat kira-kira sejam setengah selepas berlepas, dan terpaksa berpatah balik.
Pesawat selamat mendarat di Perth tiga jam selepas berlepas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uggA23
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237
Anda sekarang membaca artikel Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/tony-fernandes-puji-krew-kabin-pesawat.html
0 Response to "Tony Fernandes puji krew kabin pesawat AirAsiaX D7237"
Catat Ulasan