Judul : TRUMP, TAHUKAH ANDA TOKOH ISLAM BERJASA KEPADA AMERIKA?
link : TRUMP, TAHUKAH ANDA TOKOH ISLAM BERJASA KEPADA AMERIKA?
TRUMP, TAHUKAH ANDA TOKOH ISLAM BERJASA KEPADA AMERIKA?
LONDON – Presiden baru Amerika Syarikat mengenakan larangan masuk terhadap rakyat beberapa negara Islam awal tahun ini, sesuai dengan sikapnya ketika berkempen.
Donald Trump, seorang saudagar hartanah, mungkin tidak perasan masyarakat Islam turut membantu membangunkan negara itu, sejak sebelum kemerdekaan lagi.
Mereka ini tokoh dan legenda dalampelbagai bidang, termasuk ahli sains, penghibur, pencipta kon ais krim dan ahli sukan hingga mengharumkan nama negara itu.
Ketika pandangan negatifnya mula menguasai pentas politik Amerika Syarikat pada 2015, akhbar The Guardian di sini menyenaraikan sumbangan umat Islam negara itu.
Walau Trump nampak umat Islam hanya sebagai pengganas yang boleh menggugat negaranya, senarai ringkas ini “mengkagumkan” daripada tanggapannya, lapor akhbar itu.
1. Pejuang menuntut pengusiran Britain
Tentera Islam terkenal yang berperang bawah jeneral George Washington termasuklah Bampett Muhammad dan Yusuf Ben Ali pada hujung abad ke-18.
Peter Bukcminster, individu yang menembak mati mejar jeneral Britain John Pitcairn, dikatakan seorang Islam yang kemudian menukar nama kepada Salaam.
Washington, kemudian menjadi presiden pertama Amerika, mengadakan hubungan dengan Maghribi sejak 1786, satu rekod persahabatan dua negara yang bersejarah.
2. Fazlur Rahman Khan, jurutera pencakar langit
Keturunan Bangladesh, beliau memperkenalkan sistem yang mengurangkan penggunaan banyak keluli dalam struktur bangunan tinggi-tinggi.
Beliau terlibat sebagai jurutera struktur bangunan-bangunan US Bank Center di Milwaukee dan Hubert H Humphrey Metrodome di Minneapolis.
Fazlur juga pernah berkhidmat dengan akademi tentera udara Amerika Syarikat di Colorado, pusat latihan pegawai-pegawainya.
3. Huma Abedin, pegawai Hillary Clinton
Huma, 41, lama berkhidmat untuk Clinton sebagai pembantu dan juga timbalan ketua kakitangan Jabatan Negara.
Wanita ini terlibat membantu kempen Clinton, bekas setiausaha negara, tahun lalu walau akhirnya tewas di tangan Trump.
4. Ayub Ommaya, pakar bedah saraf
Pada 1963, pakar kelahiran Pakistan ini mencipta alat lembut berbentuk kubah di bawah tempurung kepala untuk menyalur ubat kemoterapi ke dalam otak.
Beliau antara pakar yang terawal mencipta skala koma pada 1966 untuk menentu tahap kerosakan otak.
Bersama ahli kongres William Lehman, beliau membangunkan Pusat Pencegahan dan Kawalan Kecederaan bawah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC).
5. Penyanyi hip hop dan rap
Pada peminat muzik era 1980-an dan 1990-an, budaya dan pengaruh unsur Islam masuk melalui hip-hop dan juga rap.
Ahli-ahli muzik beragama Islam itu termasuklah Yasiin Bey, T-Pain, Andre 3000, Lupe Fiasco, Ice Cube, Busta Rhymes, Rakim dan Swizz Beatz.
6. Ernest Hamwi, pencipta kon ais krim
Siapa sangka pencipta kon ais krim seorang pendatang Islam dari Syria?
Walau tidak sengaja, pada 1904, Ernest si penjual manisan zalabia menggulungnya menjadi bentuk kon dan memasukkan ais krim sehingga digilai ramai.
7. Muhammad Ali, legenda tinju dunia
Legenda sukan ini tidak lagi perlu diperkenalkan. Juara dunia tiga kali, Cassius Clay pada tahun 1965 menukar namanya kepada Muhammad Ali.
8. Farah Pandith, diplomat isu Muslim
Ahli akademik ini bertugas di Majlis Keselamatan Negara bawah presiden George W Bush sebagai pengarah Inisiatif Timur Tengah.
Kemudian, Farah yang dilahirkan di Kashmir, India berperanan sebagai penasihat di Jabatan Negara dalam hubungan dengan orang Islam di Eropah.
Pada 2009, ketika Hillary Clinton menjawat setiausaha negara, beliau menjadi wakil negara itu untuk hubungan dengan dunia Islam.
9. Malcom X, pencetus gerakan hak kulit hitam
Lahir dengan nama Malcom Little pada 1925, mualaf ini antara tokoh pejuang kulit hitam yang berdampak besar di Amerika Syarikat dan dikenali di serata dunia.
Malik el-Shabazz, nama baru penceramah popular ini, menggerakkan “Nation of Islam” sebelum meninggalkan pertubuhan itu.
10. Ahmed Zewail, ahli kimia pemenang Nobel
Menerima anugerah Nobel pada 1999, ahli sains kelahiran Mesir ini dikenali sebagai “bapa femtokimia.”
Ahmed, perintis dalam bidang transformasi molekul, dilantik menyertai majlis penasihat presiden Barack Obama dalam bidang sains dan teknologi.
Beliau dianggap “suara kesedaran” dalam isu Timur Tengah, satu setem pos kenang-kenangan diabadikan atas jasanya pada sains dan kemanusiaan.
11. Aziz Ansari, pelawak, pelakon dan pengarang
Lahir dalam keluarga Islam, pelawak ini dikenali dengan watak Tom Haverford dalam siri “Parks and Recreation” (2009–2015).
Pernah dianggap tidak beragama, sebelum memeluk semula Islam pada 1998, Aziz juga pencetus dan bintang siri “Master of None” pada 2015 untuk Netflix.
Bersama Alan Yang, beliau menang anugerah-anugerah Emmy dan Peabody untuk karya ini dalam bidang komedi pada 2016.
Musim kedua “Master of None,” terbit Mei lalu, mendapat sambutan hangat. Buku pertamanya Modern Romance: An Investigation terbit pada Jun 2015.
– Malay mail
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tW2SSP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel TRUMP, TAHUKAH ANDA TOKOH ISLAM BERJASA KEPADA AMERIKA?
Anda sekarang membaca artikel TRUMP, TAHUKAH ANDA TOKOH ISLAM BERJASA KEPADA AMERIKA? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/trump-tahukah-anda-tokoh-islam-berjasa.html
0 Response to "TRUMP, TAHUKAH ANDA TOKOH ISLAM BERJASA KEPADA AMERIKA?"
Catat Ulasan