Judul : TUDM berhasrat beli pesawat ronda maritim
link : TUDM berhasrat beli pesawat ronda maritim
TUDM berhasrat beli pesawat ronda maritim
Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata rancangan untuk mendapatkan pesawat ronda maritim yang baharu itu adalah sebahagian daripada program pembangunan keupayaan TUDM.
"Program ini amat bergantung kepada dana, peruntukan kerajaan. Kami sedang menunggu bajet," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Bagaimanapun beliau enggan memberi perincian aset yang TUDM berminat untuk peroleh, sambil menambah TUDM masih menimbangkan beberapa pilihan dan jenis pesawat ronda maritim yang terdapat di pasaran.Portal dalam talian baru-baru ini memetik Affendi sebagai berkata TUDM masih mempertimbangkan beberapa pilihan untuk meningkatkan keupayaan pesawat ronda maritim yang kini dikendalikan pesawat Beechcraft B200T.
"Disebabkan faktor usia (23 tahun) dan bilangan serta keupayaan yang terhad, pesawat ronda maritim baharu yang lebih canggih dilengkapi sistem pengawasan dan peninjauan (ISR) dan keupayaan radar (SAR) sedang dinilai bagi menggantikan pesawat B200T," katanya dipetik oleh Shephard Media.
Affendi juga memberitahu Bernama di luar Pertunjukan Udara Paris ke-52 yang diadakan di Lapangan Terbang Le Bourget berdekatan Paris, Perancis baru-baru ini bahawa pemilikan aset baharu dan berkeupayaan tinggi adalah penting untuk pembangunan keupayaan susulan penubuhan Trilateral Maritime Patrol (TMP) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Pada 19 Jun, Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan melancarkan TMP bagi memastikan ancaman militan seperti kumpulan Daesh tidak menggunakan Laut Sulu untuk masuk ke negara-negara ini, terutama selepas kumpulan itu menguasai bandar Marawi.
Pada masa ini 16 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang, dilengkapi empat Beechcraft Super King Air B200T Pesawat Ronda Maritim (MPA).
Bagaimanapun pada Disember 2016, satu daripada pesawat itu terhempas berhampiran pangkalan udara di Teluk Ayer Tawar berhampiran Butterworth, Pulau Pinang semasa melakukan latihan penerbangan, mengorbankan seorang juruterbang TUDM dan mencederakan tiga yang lain.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukOtyR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel TUDM berhasrat beli pesawat ronda maritim
Anda sekarang membaca artikel TUDM berhasrat beli pesawat ronda maritim dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/tudm-berhasrat-beli-pesawat-ronda.html
0 Response to "TUDM berhasrat beli pesawat ronda maritim"
Catat Ulasan