Loading...

Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria

Loading...
Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria
link : Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria

Baca juga


Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria

ANKARA: Turki memohon bantuan dan sokongan kewangan daripada masyarakat antarabangsa untuk membolehkannya terus membantu pelarian Syria yang kini berjumlah kira-kira 3.05 juta di negara itu.

Menurut Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan Kementerian Utama Republik Turki (AFAD), Kerajaan Turki membelanjakan AS$5 bilion setiap tahun untuk membantu pelarian.

Presiden AFAD Mehmet Halis Bilden berkata sejak tercetusnya perang saudara di Syria pada 2011, Turki membelanjakan AS$25 bilion untuk menyara orang pelarian.

"Bagaimanapun, sumbangan antarabangsa kepada Turki dianggap kecil berbanding peruntukan negara ini iaitu kira-kira AS$526 juta," katanya pada majlis taklimat mengenai usaha agensi itu menyara pelarian Syria kepada 40 wakil media antarabangsa di sini pada Rabu.

Pertubuhan Bangsa Bersatu, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan negara Kesatuan Eropah adalah antara pihak yang memberi sumbangan kepada Turki, katanya.

Bilden berkata Kesatuan Eropah berjanji akan memberi 4 bilion Euro kepada Turki, tetapi hingga kini, negara ini hanya menerima 811 juta Euro.

Sementara itu, Ketua Pengarah Direktorat Umum Akhbar dan Penerangan, Mehmet Akarca berkata Turki memerlukan bantun antarabangsa kerana negara ini telah membelanjakan sejumlah besar wang bagi menyokong pelarian.

"Kami berharap bukan Turki sahaja yang perlu menanggung beban ini, kami berharap negara lain juga akan tampil memberi bantuan kepada pelarian ini," katanya.

Menurut AFAD, kira-kira 4.9 juta pelarian Syria meninggalkan negara mereka sejak enam tahun lepas dan Turki menjadi tuan rumah kepada sebahagian besar daripada mereka, diikuti Lubnan (1.01 juta), Jordan (656,000), Iraq (233,000) dan Mesir (113,000).

Malaysia juga menyuarakan komitmen sukarelanya untuk menerima 3,000 imigran Syria atas dasar perikemanusiaan.

Menjawab soalan pemberita Malaysia bagaimana Malaysia boleh berkongsi kepakaran Turki dalam mengendalikan pelarian, Bilden mencadangkan agar Malaysia menghantar satu pasukan khas ke negara ini untuk belajar dan membuat pemerhatian.

"Kami sedia berkongsi kepakaran kami dengan Malaysia dan mereka boleh menghantar satu pasukan khas ke sini," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVoKjX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria

Sekianlah artikel Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/turki-perlukan-bantuan-antarabangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Turki perlukan bantuan antarabangsa sara pelarian Syria"

Catat Ulasan

Loading...