Judul : Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam
link : Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam
Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ukiran yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain, perlu dielakkan.
Bagaimanapun, Mohamad Shukri berkata larangan itu diputuskan secara umum berdasarkan hukum syarak iaitu umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain.
Katanya umat Islam perlu mematuhi garis panduan penggunaan henna yang dibenarkan syarak iaitu menggunakan jenis yang serap air, tidak membatalkan wuduk dan bukan daripada bahan najis.
Dreamcatcher yang merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.
Tinjauan di beberapa lokasi di ibu negara mendapati ramai pelukis henna yang menawarkan lukisan berbentuk Dreamcatcher.
Menurut seorang penggemar henna yang mahu dikenali sebagai Mira, beliau terkejut apabila dimaklumkan pelukis henna di sebuah pasar malam di Shah Alam, Selangor bahawa gerainya pernah dikunjungi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan memaklumkan henna bercorak Dreamcatcher adalah tidak dibenarkan.
“Mujur saya tidak terjebak untuk melukisnya pada tangan saya pada ketika itu kerana saya lihat ramai rakan yang telah berhias dengan reka bentuk tersebut,” katanya.
BACA INI JUGA:
sumber: mynewshub
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sy62yv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam
Anda sekarang membaca artikel Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/ukiran-inai-henna-dreamcatcher-dilarang.html
0 Response to "Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam"
Catat Ulasan