Judul : Wiko Hadir Dengan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia – Wiko Upulse, Harry Dan Kenny
link : Wiko Hadir Dengan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia – Wiko Upulse, Harry Dan Kenny
Wiko Hadir Dengan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia – Wiko Upulse, Harry Dan Kenny
Jika anda masih sedang mencari telefon pintar dengan harga yang berpatutan dan tidak mencekik darah, pembuat telefon pintar dari Perancis, Wiko hari ini baru sahaja mengumumkan kehadiran tiga buah telefon pintar baru yang hadir dengan spesifikasi yang boleh tahan: Wiko Upulse, Wiko Harry dan juga Wiko Kenny.
Wiko Upulse diumumkan di acara Mobile World Congress pada awal tahun ini, dan ia hadir dengan paparan skrin IPS 5.5 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080) dan dikuasakan oleh CPU 4-teras 1.3GB yang digandingkan bersama-sama RAM sebanyak 3GB dan storan 32GB.
Peranti Upulse ini juga hadir dengan sebuah camera 13MP, yang hadir dengan ciri-ciri seperti Auto-Scene Detection, Fast Auto-Focus, Live Filter dan juga teknologi Super Pixel, yang membenarkan anda mengambil gambar sebesar 52MP. Menghidupkan peranti ini ialah sebuah bateri yang cukup besar, bersaiz 3000mAh.
Jika anda mencari sebuah peranti yang lebih bergaya, Wiko Harry mungkin pilihan anda. Di dalam cangkerang aluminium peranti tersebut, hadir sebuah paparan skrin HD (1280×720) IPS, yang dikuasakan oleh sebuah cip pemprosesan 4-teras, RAM sebanyak 3GB dan storan sebesar 16GB.
Dari segi kamera, Wiko Harry dilengkapi dengan sebuah kamera 13MP di bahagian belakang, yang hadir dengan beberapa ciri yang membolehkan anda mengambil gambar yang cukup menarik. Ia juga hadir dengan bateri 2500mAh yang menjanjikan jangka-hayat peranti yang cukup tinggi.
Wiko Kenny pula dicipta khusus untuk mereka yang mahukan sebuah peranti yang murah dan mudah digunakan, mungkin untuk nombor yang berlebihan, ataupun kanak-kanak yang memerlukan sebuah telefon untuk kemudahan berkomunikasi.
Peranti ini dikuasakan oleh sebuah CPU 4-teras dengan RAM 2GB, dan juga storan 16GB, bersama-sama dengan paparan skrin bersaiz 5.0 inci dengan resolusi 480×850. Dari segi kamera pula, Wiko Kenny hadir dengan sebuah kamera pandang belakang 8MP, manakala dari segi bateri pula, ia mempunyai bateri bersaiz 2500mAh yang sama dengan Wiko Harry.
Kesemua peranti-peranti ini, termasuklah Wiko Upulse, Harry dan Kenny menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat, ciri Dual-SIM dan juga kebolehan menambahkan kapasiti storan.
Menurut pihak Wiko, peranti Wiko Harry sudahpun berada di pasaran, Malaysia, manakala Wiko Upulse dan Kenny pula akan hadir :pada hujung bulan Jun 2017 dengan harga-harga berikut:
- Wiko Upulse – RM799
- Wiko Harry – RM599
- Wiko Kenny – RM499
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sPahFc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Wiko Hadir Dengan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia – Wiko Upulse, Harry Dan Kenny
Anda sekarang membaca artikel Wiko Hadir Dengan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia – Wiko Upulse, Harry Dan Kenny dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/wiko-hadir-dengan-tiga-telefon-pintar.html
0 Response to "Wiko Hadir Dengan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia – Wiko Upulse, Harry Dan Kenny"
Catat Ulasan