JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menziarahi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan yang sedang dirawat di KPJ Specialist Hospital akibat serangan jantung dan paru-paru berair.
Beliau yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Md Jais Sarday, meluangkan masa kira-kira 15 minit bertanya khabar kepada Ali.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga sempat berpesan kepada Tokoh Maal Hijrah 1435H Negeri Johor itu supaya menjaga kesihatannya dan supaya kerap membuat rawatan susulan.
Mohd Ali, 79, dimasukkan ke hospital pada 4 Jun lepas dijangka keluar hospital esok setelah keadaannya disahkan stabil oleh doktor.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik termasuk pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari 1989 hingga 1990 selain menjadi Speaker DUN Johor dari 2004 hingga 2013. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2ZM0T
Demikianlah Artikel Zahid Ziarah Bekas Speaker Dun Johor Di Hospital
Sekianlah artikel Zahid Ziarah Bekas Speaker Dun Johor Di Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid Ziarah Bekas Speaker Dun Johor Di Hospital dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/zahid-ziarah-bekas-speaker-dun-johor-di.html
0 Response to "Zahid Ziarah Bekas Speaker Dun Johor Di Hospital"
Catat Ulasan