Loading...
Judul : 85 Felo Perdana Dipilih Tahun Ini
link : 85 Felo Perdana Dipilih Tahun Ini
85 Felo Perdana Dipilih Tahun Ini
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak, hari ini menyerahkan 85 Felo Perdana 2017, iaitu pembantu eksekutif atau pelatih di kementerian kepada menteri Kabinet bagi tempoh khidmat antara enam minggu hingga tiga bulan.
Perdana Menteri berkata, program itu terbukti sangat berguna dan mencerminkan komitmen kerajaan dalam menghargai peranan generasi millenium yang merangkumi asas bakat sumber manusia negara.
"Selain menghargai peranan generasi millenium, kita percaya maju mundur sesebuah negara bergantung kepada asas bakat (tenaga kerja) muda yang kita ada.
"Seterusnya, kita mesti wujudkan pelbagai program laluan dan struktur supaya generasi millenium ini, yang menjadi asas bakat negara kita untuk masa hadapan, boleh kita dedahkan dan boleh kita lakukan proses 'mentoring', sekali gus memberi mereka peluang mengasah bakat kepimpinan masing-masing.
"Program ini sangat berguna kerana ia memenuhi semua kriteria terbabit, kita boleh lakukan program lain tetapi kelebihan program ini tiada pada program lain kerana Felo Perdana diletakkan di sisi mereka yang membuat keputusan dan dasar utama kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Felo Perdana 2017, di sini hari ini. Ini adalah kumpulan kelima Felo Perdana sejak ia dimulakan pada 2013 dan setakat ini program berkenaan sudah menghasilkan 403 Felo Perdana.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Program Felo Perdana inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu membolehkan peserta mengalami sendiri bagaimana jentera pentadbiran kerajaan menggubal dasar baharu dan membuat keputusan pentadbiran yang memberi kesan kepada rakyat, sekali gus menjadi perantaraan untuk menjelaskan prosedur itu kepada umum, khususnya generasi muda.
Kata Perdana Menteri, pengalaman menjadi Felo Perdana itu, kalau diletakkan dalam resume masing-masing, akan menjadi aset penting bila memohon kerja di mana-mana kelak.
"Saya difahamkan, pemohon Felo Perdana kali turut diwajibkan menulis karangan mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan saya percaya ini dapat mencerminkan setakat mana dasar kerajaan ini di terima pada peringkat akar umbi selain menunjukkan persepsi masyarakat," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uhsFZd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 85 Felo Perdana Dipilih Tahun Ini
Sekianlah artikel 85 Felo Perdana Dipilih Tahun Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 85 Felo Perdana Dipilih Tahun Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/85-felo-perdana-dipilih-tahun-ini.html
0 Response to "85 Felo Perdana Dipilih Tahun Ini"
Catat Ulasan